Minggu, 01 Februari 2009

AL- MUHADDIS SYEIKH ABDULLAH AL HARARI



Nama dan Tempat Lahirnya

Beliau adalah seorang yang alim, al Muhaddis, pakar dalam ilmu Fiqih , dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abu abd al rahman Abdullah bin Muhammad binYusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan al Syaibidan al Abdari beliau juga adalah Mufti Harar. Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan1328Hijrah.

Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke padanya kitab al Muqaddimah al Hadhramiah dan kitab al Mukhtasar al Saghir dalam ilmu fiqih yang mana kitab-kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafal ilmu-ilmu agama yang lain seperti matan-matan ilmu agama kemudian beliau mendalami ilmu hadis dan telah menghafal sunan sittah (kitab hadis) dan selainnya dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Bani Syaibah daripada Abdud Dar dari bangsa Quraisy. Abdud Dar adalah anak kepada Qusai pemegang kunci-kunci kaabah. Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallan telah meninggalkan wasiat agar dipegang kunci-kunci kaabah oleh keturunan mereka. Sila lihat: Saba 'ik al Zahab, m/fc 68.

Keturunan Bani Abdud Dar adalah dari keturunan Qusai bin Kilab iaitu Datuk Nabi kita Muhammad yang keempat Sila lihat Saba 'ik cd Zahab, m/k: 68.

Harar adalah sebuah negeri yang terletak di benua Afrika. Dikelilingi oleh beberapa buah negara yaitu dari sebelah timur ialah Republik Somalia, dari sebelah barat ialah Habsyah, dari sebelah selatan ialah Kenya manakala dari timur laut ialah Djibuti. Mengikut sejarah bahawa kerajaan Somalia pernah menjajah Harar suatu ketika dahulu dan membahagikannya kepada lima bahagian. Dan Somalia barat dikenali sebagai Harar yang mana ia di bawah kuasa kerajaan Habsyah. Ketika itu pada tahun 1887 bersamaan 1304Hijrah.

Guru-gurunya:

Beliau telah mempelajari ilmu fiqih Syafie dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahwu dan kitab-kitab yang lain seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik dan al Luma’ 'dari:

1- Syeikh Muhammad Abdu Salam al Harary

2- Syeikh Muhammad Omar Jamei’ Al Harary

3- Syeikh Muhammad Rasyad al Habasyi

4- Syeikh Ibrahim Abil Gaish al Harary

5- Syeikh Yunus al Habasyi

6- Syeikh Muhammad Siraj al Jabruty

Manakala. dalam ilmu bahasa arab beliau telah ambil daripada;

1-Syeikh al Soleh Ahmad al Basir

2- Syeikh Ahmad bin Muhammad al Habasyi

Manakala dalam feqah 3 Mazhab dan usulnya beiiau telah ambil daripada:

1-Syeikh Muhammad al Araby al Fasy

2- Syeikh Abdur Rahman al Habasyi.

Manakala ilmu tafsir beliau telah ambil dari Syeikh Syarif al Habsyi di kawasanya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari

I- Al-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al Jabruty Mufti Habsyah,

II- Syeikh Abdur Rahman bin Abdillah al Habsyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim:

1.Syeikh al Muhaddis Ahmad Abdu al Muttalib al Jabaruty al Habsyi, beiiau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Makkah.

2. Syeikh Daud al Jabruty al Qori

3. Syeikh al Muqri Mahtnud Faiz at Dair Atony ihnu qiraat tujuh.

Ketika beliau di Makkah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulamak-

ulamak Makkah diantaranya ialah:

1- Syeikh al Aalim al Said Alawi al Maliki

2- Syeikh Amin al Kutbi

3- Syeikh Muhammad Yasin al Padani (Berasal dari Padang Indonesia)

4- Syeikh Muhammad al Araby al Tabban

Beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat al Naqsyanbadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al Afghani aJ Naqsyabandi.

Ketika beliau berada di Madinah Munawwarah beliau sempat belajar ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari syeikh al Muhaddis Muhammad bin All al Siddiq al Bakry al Hindi al Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke maktabah Arif Hikmat dan maktabah al Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana.

Di sana juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulamak hadis iaitu Syeikh al Muhaddis Ibrahim al Khatni anak murid kepada seorang ulama yg masyhur iaitu syeikh al Muhaddis Abdul Qadir Syalbi.

Manakala ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Kemudian beliau menuju ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulamak yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan syekh Abdullah al Harari ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al Harary menjadi rujukan dalam masaalah-masalah agama yang mana alim ulamak Syam merujuk kepada syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al Hasani dari segi ilmu.

Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al Rifaeyah dari Syeikh Abdurrahman al Sabsabi al Hamawy dan dari syeikh Tohir al Kayaly al Humsi. Beliau sempat menerima ijazat tariqat al Qadiriyah dari syeikh Ahmad al Arbiny dan dari syeikh al Toyyib al Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti syeikh Taufiq al Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rektor Al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Syeikh Abdullah al harari banyak menghabiskan masanya mengajar dan mengislahkan akidah umat manusia,dan membawa umat islam kearah yang gemilang.Disamping banyak menentang golongan - golongan MULHID,serta menolak hujah ahli-ahli bid’ah dan hawa nafsu,pun begitu beliau ada menulis 40 buah kitab yang amat bernilai dan berharga isinya. Antara kitab tersebut ada yang dicetak dan sebahagiannya tidak dicetak lagi.

Antara kitab-kitab beliau:

1) Syarah alfiah al-suyuti fi mustolah al-hadis

2) Al-sirot al –mustaqim fi al –tauhid

3) Al-dalil qawim a’la sirot al-mustaqim fi al-tauhid

4) Mukhtasor Abdullah al-hari al-kafil bi ‘ilmi al-din al-dharuri a’la mazhab imam al-syafie

5) Bughyah al-tolib li ma’rifah ilmi din al –wajib

6) Ta’aqqub al-hasis a’la man to’ana fima sohha min al-hadis.kitab ini mendapat pujian dari muhaddis Marocco syeikh Abdullah al-ghummari.

7) Al-rawaih zakiah fi maulid khair al-bariah

8) Izhar al-‘akidah sunniyah bisyarh al –akidah al-tohawiyah

9) Syarah alfiah zubad fi fiqh al-syafie

10) Al-maqalat al-sunniyah

11) Syarah mutammimah al-ajrumiyah fi al-nahw

12) Syarah matn abi suja’

13) Syarah baiquniyah fi mustolah

14) Kitab durr al-nadhid fi ahkam altajwid

15) Syarah minhaj tullab (tidak siap sepenuhnya)

16) Durrah bahiyah fi hal alfaz al-akidah al-tohawiyah

17) Tahzir syar’i wajib

18) Dan banyak lagi.

Syeikh Abdullah al-Harari adalah seorang yang wara’,tawadhuk,banyak melakukan ibadah dan melazimi zikir,zuhud,sepanjang masanya diisi dengan membaca al-quran atau berzikir atau mengajar atau waa’z dan irsyad.

Seorang yang arif billah,murabbi,dai’ ilallah,seorang yang berpegang dengan kitab dan sunnah, wali soleh ,dihormati kawan ditakuti lawan,amat kuat dalam menentang kebatilan,tidak takut kepada celaan orang yang mencela,mempunyai hujah yang mantap berlandas ahli sunnah wal jamaaah,senantiasa menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran sehingga dibenci oleh golongan ahli sesat dan bid’ah dan mencoba untuk membunuhnya tetapi Allah menjaganya dari demikian itu hinggalah meninggal dunia pada pagi subuh 2 ramadhan 1429H bersamaan 2 september 2008.

Inilah ringkasan biodata beliau,jika ingin ditulis dengan detail,maka amatlah banyak sekali,

Wa allah a’lam

Beliau adalah Imam dan Syeikh Masjidil Haram di zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah yaitu dibawah pimpinan Sultan Abdul Hamid yang kedua pada masa itu.

Syeikh Yasin al Padani yang berasal dari Padang, Indonesia adalah seorang alim dalam ilmu hadis dan fiqih di Makkah. Beliau mempunyai banyak ijazah-ijazah dan sanad-sanad dari guru-gurunya yang alim di Makkah. Kebanyakan ulama-ulama pondok atau selainnya di Malaysia, Indonesia dan Fattani banyak mempelajari daripadanya dan mengambil ijazah serta sanad dari beliau. Di antara kitab ijazah dan sanad beliau ialah yang berjudul Kifayatul Masanid Lima 'Ala Mm Asanid. Di antara ulama di Malaysia yang pemah belajar dengan beliau di Makkah ialah Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumboh Kelantan dan banyak lagi.

AL-FAQIR ILA ALLAH alsakhawiy AL-HADRAMI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar