Rabu, 28 Januari 2009

Dzurriyatur Rasulullah SAW


Sayyidina Ali bin Husain digelar Zainal Abidin kerana ibadahnya yang banyak. Beliau dilahirkan di Madinah Asy-Syarifah pada hari Khamis 15 Sya'ban 38 Hijrah, dua tahun sebelum Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. wafat. Manakala kunyahnya yang masyhur ialah Abu Hassan dan sebahagian ulama' menyatakan bahawa kunyahnya ialah Abu Muhammad, dikatakan dalam pendapat yang lain Abu Bakar dan yang paling masyhur ialah Zainal Abidin, Sayyidul Abidin, Az Zaki, Al Amin dan Zun Nafahat.

Beliau mempunyai kulit yang kehitam-hitaman, berbadan kurus dan rendah. Sultan yang memerintah pada zamannya ialah Marwan, Abdul Malik dan anaknya.

Bondanya bernama Salafah dan digelar dengan gelaran Syahin Zauan yang bermaksud Raja Perempuan. Ketika beliau dan ayahnya berada di Karbala, beliau ditimpa penyakit yang menyebabkan beliau hanya mampu terlantar di atas katil sahaja dan bukannya dibunuh sepertimana yang dikatakan. Ibnu Umar berkata: "Ini merupakan pandangan yang sohih".

Az Zuhri dan Ibnu Uyainah menyatakan: "Kami tidak mendapati di kalangan orang Quraisy yang lebih baik daripada Ali Zainal Abidin. Az Zuhri berkata: "Aku tidak melihat seorang yang lebih faqih melainkan Sayyidina Ali Zainal Abidin. Ibnu Musayyib berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih wara' dari Sayyidina Ali Zainal Abidin.

Daripada Abi Hamzah menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Sayyidina Husain bersembahyang sehari semalam sebanyak 1000 rakaat. Ketika mengambil wudhu' untuk bersembahyang mukanya menjadi pucat. Sahabat bertanya: "Apakah yang terjadi kepada kamu ketika kamu berwudhu?' Maka beliau menjawab: "Adakah kamu tidak mengetahui siapa yang ingin aku hadapkan sekarang ini?"

Daripada Tawus berkata: "Suatu malam aku masuk ke dalam bilik dan kemudian Sayyidina Ali Zainal Abdidin r.a. masuk ke dalam bilik tersebut lalu bersembahyang begitu lama dan memanjangkan sujudnya. Melihat keadaannya saya berkata: "Seorang lelaki yang soleh daripada rumah kenabian, lalu aku meminta doa darinya dan aku mendengar beliau berkata (mengajarkan doanya):



Maka Tawus berkata: "Demi Allah! Tidaklah aku meminta dan berdoa (dengan menggunakan doa) daripada kesusahan melainkan Allah memudahkan urusan aku.

Kata Ibnu Aisyah: "Saya mendengar penduduk Madinah berkata: "Kami tidak kehilangan sedekah sirr (rahsia) melainkan selepas kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a." Muhammad bin Ishak berkata: "Adakah penduduk Madinah yang miskin dapat menikmati kehidupan tetapi tidak dapat mengetahui punca dari mana datangnya makanan dan minuman mereka. Setelah kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a., maka mereka kehilangan punca rezeki yang mereka dapati pada waktu malam di rumah mereka."

Semasa hayatnya, Ali Zainal Abidin memikul bungkusan roti di belakangnya pada waktu malam untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ketika memandikan jenazah beliau, mereka mendapati terdapat kesan hitam di belakangnya. Mereka bertanya: "Tanda apakah ini?" Sahabat-sahabatnya menyatakan: "Ini adalah kesan beliau memikul bungkusan gandum pada waktu malam di belakangnya yang beliau agihkan kepada penduduk Madinah yang miskin." Setelah kewafatannya, didapati beliau telah menyedekahkan sebanyak 100 buah rumah.

Diriwayatkan ketika beliau sakit, datang sekumpulan sahabat Rasulullah SAW lalu berkata: "Bagaimana keadaan kamu wahai cucu Rasulullah SAW, tebusan kamu adalah diri kami". Maka Sayyidina Ali Zainal Abidin menjawab: "Saya berada di dalam afiat dan Allahlah tempat untuk dipuji. Bagaimana pula keadaan kamu semua?" Sahabat-sahabat Nabi menjawab: "Keadaan kami demi Allah, untuk kamu wahai anak Rasulullah SAW yang mengasihi dan menyayangi." Maka Imam Ali Zainal Abidin menyatakan kepada mereka: "Sesiapa yang kasih kepada kami kerana Allah, maka Allah akan menempatkan mereka di bawah naungan Illahi dan sesiapa yang mencintai kami kerana inginkan pemberian kami, maka Allah akan memberikannya di dalam syurga, dan sesiapa yang mencintai kami kerana dunia, maka Allah akan mencurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Beliau wafat akibat diracun oleh Al Walid bin Abdul Malik. Beliau dikebumikan di Baqi' iaitu tempat disemadikan bapa saudaranya, Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau meninggalkan 15 orang anak iaitu 11 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Dipetik dari: Al-Muhajir (Rejab 1421 H) - oleh: Ustaz Roslan bin Abd. Razak

...................................................................................................................

Al-Imam Ja'far As-Shadiq

Beliau adalah salah seorang tokoh Imam Mazhab dalam Islam. Beliau merupakan penghulu besar bagi kaum Syiah. Beliau dikenal sebagai seorang yang mustajab doanya. Bila menginginkan sesuatu beliau hanya cukup berdoa: "Ya Allah, aku ingin ini dan itu". Dengan sekejap mata saja apa yang diinginkan itu terkabul di hadapannya.

Diceritakan pula bahawa beliau pernah digiring ke hadapan Khalifah Mansur Al-Abbasi dengan tuduhan palsu dan disaksikan oleh seorang. Saksi itu berkata: "Aku bersumpah bahwa Ja'far melakukan begini dan begitu". Belum selesai saksi itu berkata tiba-tiba ia tersungkur mati di hadapan beliau.

Imam As-Syibli berkata: "Setengah dari karamahnya ialah ketika Bani Hasyim hendak membaiat Muhammad dan Ibrahim bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Thalib menjadi khalifah di saat mendekatnya keruntuhan Daulat Bani Umayyah mereka meminta pendapat dari Imam Ja'afar As-Shadiq. Setelah berada di hadapan Imam Ja'far mereka berkata: "Kami berkumpul di sini hendak membaiat engkau jadi khalifah". Jawab Imam Ja'far As-Shadiq: "Sebenarnya kekhalifahan ini tidak akan diperoleh olehku dan tidak pula untuk kedua orang itu (Muhammad dan Ibrahim bin Abdullah). Sesungguhnya kekhalifahan akan diperoleh oleh yang memakai jubah kuning itu. Demi Allah, mereka akan dipermainkan oleh budak-budak mereka sendiri". Kemudian Imam Ja'far pergi meninggalkan majlis itu".

Memang waktu itu Al-Mansur sedang hadir di majlis itu dan ia sedang memakai jubah bewarna kuning. Ucapan beliau itu selalu dipeganginya sampai ia diangkat jadi khalifah daulat Banil Abbas.

Imam Al-Laitsi ibnu Sa'ad pemah bercerita: "Di tahun 113 H aku pergi haji. Setelah bersembahyang Asar waktu aku naik ke bukit Jabal Aba Qubais tiba-tiba aku lihat ada seorang duduk sedang berdoa: "Ya Allah, ya Allah, ya Hayu, ya Hayu dengan penuh tawadhuk. Kemudian orang itu berdoa lagi: "Ya Allah, sesungguhnya aku ingin buah anggur, kumohon kurniakanlah padaku, Ya Allah sesungguhnya kain bajuku koyak-koyak aku mohon berikan padaku kain baju".

Aku dibuatnya terperanjat sebelum ia menyelesaikan doanya tiba-tiba muncul sekeranjang buah anggur penuh yang waktu itu bukan musimnya, dan kulihat pula ada dua kain yang serba mahal yang belum pemah kulihat ada kain baju sebagus itu. Waktu itu akan makan buah anggur itu aku katakan padanya: "Aku juga ikut ada dalam buah anggur itu, kerana waktu engkau berdoa aku membaca Amin". Jawab orang itu: "Datanglah kemari". Kemudian ia memberikan sebahagian buah anggur itu dan kumakan segera. Rasanya belum pernah aku makan buah anggur selazat buah itu. Dan iapun melarangku untuk menyimpan sisanya. Anehnya isi keranjang itu sedikitpun tidak berkurang.

Kemudian orang itu memberikan padaku sepotong dari dua kain baju itu sedang yang sepotong dipakai olehnya. Namun waktu kutolak kain itu ia menggunakannya kedua potong kain tersebut. Yang sepotong dipakai buat baju sedangkan yang sepotong disarungkan dibawahnya. Selanjurnya ketika ia berjalan di tempat bersa'ie di antara Safa dan Marwa ia bertemu dengan seorang miskin yang berkata: "Wahai cucu Rasulullah berikanlah padaku pakaian". Orang itu tidak pikir-pikir lagi untuk memberikan dua potong kain yang baru ditempahnya itu kepada si fakir tersebut. Waktu kutanyakan kepada si fakir, siapakah orang yang memberinya dua potong kain itu? Jawab si fakir: "la adalah Ja'far bin Muhammad Al Baqir".

Imam Ja'far As Shadiq wafat di kota Madinah pada tahun 148 H dan dimakarnkan di Baqi'.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin Ibnul Husain

Beliau juga dikenal sebagai ahli Fiqah kenamaan di masanya. Pengakuan tersebut pernah diucapkan oleh Imam Abu Hanifah sendiri: "Aku kenal Imam Zaid bin Ali sebagaimana aku kenal tentang keluarganya. Di masanya tidak pernah seorang yang lebih ahli dalam Fiqah daripada beliau. Dan aku tidak pernah melihat seorangpun yang lebih luas pengetahuannya, lebih cepat menjawab dan lebih terang penjelasannya daripada beliau, jarang sekali mendapati orang semacam beliau".

Kumpulan Syiah Zaidiyah nisbatnya kembali pada beliau. Beliau dikhianati oleh pengikut beliau sendiri yang berada di kota Kufah. Sebahagian pengikut beliau ada pula golongan yang ekstrimis. Mereka menuntut agar beliau tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakar dan Umar secara sah.

Namun beliau menolak dan beliau menyatakan dengan terang-terangan bahawa Abu Bakar dan Umar adalah khalifah Rasulullah yang sah. Sejak itulah pengikut beliau yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar disebut golongan Syiah Rafidha (yang menolak). Sedangkan pengikut beliau yang tetap mengikuti pendapat beliau tentang sahnya kekhalifahan Abu Bakar dan Umar disebut Syiah Zaidiyah. Kelompok inilah yang ikut berjuang dengan beliau mati-matian.

Imam Zaid bin Ali dihukum mati kerana menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik salah seorang khalifah dari dinasti Bani Umayyah. Ketika dinaikkan di atas tiang salib, beliau ditelanjangi dahulu sebelum dibunuh. Namun Allah tetap melindungi aurat beliau. Allah mengutus segerombolan labah-labah untuk membuat anyaman dari sarangnya sehingga dapat menutupi seluruh aurat beliau.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Abdurrahman As-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah

Makam Al-Habib Abdurrahman As-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah

Beliau adalah salah seorang tokoh para wali dan ulama dari Ahlil Bait Al-Ba'alawi yang kembali kepadanya sebahagian nasab keluarga Ba'alawi di Hadramaut.

Sebahagian dari karamah beliau diriwayatkan bahawasanya hampir setiap tahunnya banyak orang melihat beliau sedang hadir di tempat-tempat penting di Makkah. Ketika ditanyakan oleh sebahagian murid beliau: "Apakah anda pernah berhaji?" Jawab beliau: "Jika secara zahir tidak pernah".

Diriwayatkan oleh salah seorang murid beliau yang bernama Muhammad bin Hassan Jamalullail: "Pada suatu hari aku pernah di masjid Sayid Abdurrahman As-Seggaf. Waktu itu aku merasa lapar sekali, tapi aku malu untuk mengadukan pada beliau tentang keadaanku. Rupanya beliau tahu akan keadaanku yang sebenarnya. Beliau memanggilku ke atas loteng masjid. Anehnya kudapatkan di hadapan beliau sudah terhidang makanan yang lazat. Waktu kutanya dari manakah mendapatkan makanan itu?" Beliau hanya menjawab: "Hidangan ini kudapati dari seorang wanita". Padahal kutahu tidak seorangpun yang masuk dalam masjid".

Seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdurrahim bin Ali Khatib berkata: "Pada suatu waktu sepulangnya kami dari berziarah ke makam Nabi Hud a.s. bersama Sayid Abdurrahman, beliau berkata: "Kami tidak akan solat Maghrib kecuali di Fartir Rabi'". Kami sangat hairan sekali dengan ucapan beliau. Padahal waktu itu matahari hampir saja terbenam sedangkan jarak yang harus kami tempuh sangat jauh. Beliau tetap saja menyuruh kami berjalan sambil berzikir kepada Allah. Tepat waktu kami tiba di Fartir Rabi' matahari muali terbenam. Sehingga kami yakin bahawa dengan kekaramahan beliau sampai matahari tertahan untuk condong sebelum beliau sampai di tempat yang ditujunya. Kata sebahagian murid beliau: "Kejadian itu sama seperti yang pernah terjadi pada diri Syeikh Ismail Al-Hadrami".

Diriwayatkan pula bahawasanya pada suatu hari beliau sedang duduk di depan murid-murid beliau. Tiba-tiba beliau melihat petir. Beliau berkata pada mereka: "Bubarlah kamu sebentar lagi akan terjadi banjir di lembah ini". Apa yang diucapkan oleh beliauitu terjadi seperti yang dikatakan.

Waktu Sayid Abdurrahman As-Seggaf mengunjungi salah seorang isterinya yang berada di suatu desa, beliau mengatakan pada isterinya yang sedang hamil: "Engkau akan melahirkan seorang anak lelaki pada hari demikian dan akan mati tepat pada hari demikian dan demikian, kelak bungkuskan mayatnya dengan kafan ini". Kemudian beliau memberikan sepotong kain. Dengan izin Allah isterinya melahirkan puteranya tepat pada hari yang telah ditentukan dan tidak lama bayi yang baru dilahirkan itu meninggal tepat pada hari yang diucapkan oleh beliau sebelumnya.

Diriwayatkan pula ada sebuah perahu yang penuh dengan penumpang dan barang tiba-tiba bocor saja tenggelam. Semua penumpang yang ada dalam perahu itu panik. Sebahagian ada yang beristighatsah (minta tolong) pada sebahagian wali yang diyakininya dengan menyebut namanya. Sebahagian yang lain ada yang beristighatsah dngan menyebut nama Sayid Abdurrahma As-Seggaf. Orang yang menyebutkan nama Sayid Abdurrahman As-Seggaf itu bermimpi melihat beliau sedang menutupi lubang perahu yang hampir tenggelam itu dengan kakinya, hingga selamat. Cerita itu didengar oleh orang yang kebetulan tidak percaya pada Sayid Abdurraman As-Seggaf. Selang beberapa waktu setelah kejadian di atas orang yang tidak percaya dengan Sayid Abdurrahman itu tersesat dalam suatu perjalanannya selama tiga hari. Semua persediaan makan dan minumnya habis. Hampir ia putus asa. Untunglah ia masih ingat pada cerita istighatsah dengan Sayid Abdurrahman As-Seggaf yang pernah didengarnya beberapa waktu yang lalu. Kemudian ia beristighatsah dengan menyebutkan nama beliau. Dan ia bernazar jika memang diselamatkan oleh Allah dalam perjalanan ini ia akan patuh dengan Sayid Abdurrahman As-Seggaf. Belum selesaimenyebut nama beliau tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang memberinya buah kurma dan air. Kemudian ia ditunjukkan jalan keluar sampai terhindar dari bahaya.

Pernah diriwayatkan bahawa salah seorang pelayan Sayid Abdurrahman As-Seggaf ketika di tengah perjalanan kenderaannya dan perbekalannya dirampas oleh seorang dari keluarga Al-Katsiri. Pelayan yang merasa takut itu segera beristighatsah menyebut nama Sayid Abdurrahman untuk minta tolong dengan suara keras. Ketika orang yang merampas kenderaan dan perbekalan sang pelayan tersebut akan menjamah kenderaan dan barang perbekalannya tiba-tiba tangannya kaku tidak dapat digerakkan sedikitpun. Melihat keadaan yang kritikal itu si perampas berkata pada pelayan yang dirampas kenderaan dan perbekalannya: "Aku berjanji akan mengembalikan barangmu ini jika kamu beristighatsah sekali lagi kepada syeikhmu yang kamu sebutkan namanya tadi. Si pelayan segera beristighatsah mohon agar tangan orang itu sembuh seperti semula. Dengan izin Allah tangan si perampas itu segera sembuh dan barangnya yang dirampas segera dikembalikan kepada si pelayan. Waktu pelayan itu bertemu dengan Sayid Abdurrahman As-Seggaf, beliau berkata: "Jika beristighatsah tidak perlu bersuara keras, kerana kami juga mendengar suara perlahan".

Sebenarnya karamah beliau sangat banyak sehingga sukar untuk disebutkan semua. Beliau wafat di kota Tarim pada tahun 819 H dan dimakamkan di perkuburan Zanbal. Makam beliau banyak dikunjungi orang.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Al-Imam Al-Allamah Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi (Simtud Duror)

Al-Habib Al-Imam Al-Allamah Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi dilahirkan pada hari Juma'at 24 Syawal 1259 H di Qasam, sebuah kota di negeri Hadhramaut.

Beliau dibesarkan di bawah asuhan dan pengawasan kedua orang tuanya; ayahandanya, Al-Imam Al-Arif Billah Muhammad bin Husin bin Abdullah Al-Habsyi dan ibundanya; As-Syarifah Alawiyyah binti Husain bin Ahmad Al-Hadi Al-Jufri, yang pada masa itu terkenal sebagai seorang wanita yang solihah yang amat bijaksana.

Pada usia yang amat muda, Habib Ali Al-Habsyi telah mempelajari dan mengkhatamkan Al-Quran dan berhasil menguasai ilmu-ilmu zahir dan batin sebelum mencapai usia yang biasanya diperlukan untuk itu. Oleh karenanya, sejak itu, beliau diizinkan oleh para guru dan pendidiknya untuk memberikan ceramah-ceramah dan pengajian-pengajian di hadapan khalayak ramai, sehingga dengan cepat sekali, dia menjadi pusat perhatian dan kekaguman serta memperoleh tempat terhormat di hati setiap orang. Kepadanya diserahkan tampuk kepimpinan tiap majlis ilmu, lembaga pendidikan serta pertemuan-pertemuan besar yang diadakan pada masa itu.

Selanjutnya, beliau melaksanakan tugas-tugas suci yang dipercayakan padanya dengan sebaik-baiknya. Menghidupkan ilmu pengetahuan agama yang sebelumnya banyak dilupakan. Mengumpulkan, mengarahkan dan mendidik para siswa agar menuntut ilmu, di samping membangkitkan semangat mereka dalam mengejar cita-cita yang tinggi dan mulia.

Untuk menampung mereka, dibangunnya Masjid "Riyadh" di kota Seiwun (Hadhramaut), pondok-pondok dan asrama-asrama yang diperlengkapi dengan berbagai sarana untuk memenuhi keperluan mereka, termasuk soal makan-minum, sehingga mereka dapat belajar dengan tenang dan tenteram, bebas dari segala pikiran yang mengganggu, khususnya yang bersangkutan dengan keperluan hidup sehari-hari.

Bimbingan dan asuhan beliau seperti ini telah memberinya hasil kepuasan yang tak terhingga dengan menyaksikan banyak sekali di antara murid-muridnya yang berhasil mencapai apa yang dicitakannya, kemudian meneruskan serta menyiarkan ilmu yang telah mereka peroleh, bukan sahaja di daerah Hadhramaut, tetapi tersebar luas di beberapa negeri lainnya - di Afrika dan Asia, termasuk di Indonesia.

Di tempat-tempat itu, mereka mendirikan pusat-pusat dakwah dan penyiaran agama, mereka sendiri menjadi perintis dan pejuang yang gigih, sehingga mendapat tempat terhormat dan disegani di kalangan masyarakat setempat. Pertemuan-pertemuan keagamaan diadakan pada berbagai kesempatan. Lembaga-lembaga pendidikan dan majlis-majlis ilmu didirikan di banyak tempat, sehingga manfaatnya benar-benar dapat dirasakan dalam ruang lingkup yang luas sekali.

Beliau meninggal dunia di kota Seiwun, Hadhramaut, pada hari Ahad 20 Rabi'ul Akhir 1333 H dan meninggalkan beberapa orang putera yang telah memperoleh pendidikan sebaik-baiknya dari beliau sendiri, yang meneruskan cita-cita beliau dalam berdakwah dan menyiarkan agama.

Di antara putera-putera beliau yang dikenal di Indonesia ialah puteranya yang bongsu; Al-Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi, pendiri Masjid "Riyadh" di kota Solo (Surakarta). Dia dikenal sebagai peribadi yang amat luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan-santun, serta ramah-tamah terhadap siapa pun terutama kaum yang lemah, fakir miskin, yatim piatu dan sebagainya. Rumah kediamannya selalu terbuka bagi para tamu dari berbagai golongan dan tidak pernah sepi dari pengajian dan pertemuan-pertemuan keagamaan. Beliau meninggal dunia di kota Palembang pada tanggal 20 Rabi'ul Awal 1373 H dan dimakamkan di kota Surakarta.

Banyak sekali ucapan Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi yang telah dicatat dan dibukukan, di samping tulisan-tulisannya yang berupa pesan-pesan ataupun surat-menyurat dengan para ulama di masa hidupnya, juga dengan keluarga dan sanak kerabat, kawan-kawan serta murid-murid beliau, yang semuanya itu merupakan perbendaharaan ilmu dan hikmah yang tiada habisnya.

Dan di antara karangan beliau yang sangat terkenal dan dibaca pada berbagai kesempatan di mana-mana, termasuk di kota-kota di Indonesia, ialah risalah kecil ini yang berisi kisah Maulid Nabi Besar Muhammad SAW dan diberinya judul "Simtud Duror Fi Akhbar Maulid Khairil Basyar wa Ma Lahu min Akhlaq wa Aushaf wa Siyar (Untaian Mutiara Kisah Kelahiran Manusia Utama; Akhlak, Sifat dan Riwayat Hidupnya).

Dipetik dari: Untaian Mutiara - Terjemahan Simtud Duror oleh Anis bin Alwi bin Ali Al-Habsyi

...................................................................................................................

Al-Habib Abu Bakar bin Abdurrahman As-Seggaf

Beliau adalah seorang wali Allah yang mempunyai berbagai macam karamah yang luar biasa. Beliau berasal dari keturunan Al-Ba'alawi. Sebahagian dari karamahnya pernah diceritakan bahawasanya pernah ada dua orang yang datang ke kota Tarim (Hadhramaut) dengan maksud mengunjungi setiap orang terkemuka dari keluarga Al-Ba'alawi yang berada di kota tersebut. Setibanya di suatu masjid jami' keduanya dapati Syeikh Abu Bakar sedang bersolat di masjid tersebut. Setelah solat Jumaat selesai keduanya menunggu keluarnya Syeikh Abu Bakar dari masjid. Namun beliau tetap duduk beribadat dalam masjid sampai hampir matahari terbenam. Kedua orang itu merasa lapar, tapi keduanya tidak berani beranjak dari masjid sebelum bertemu dengan Syeikh Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Syeikh Abu Bakar Asseggaf menoleh kepada mereka berdua sambil berkata: "Ambillah apa yang ada dalam baju ini". Keduanya mendapati dalam baju Syeikh itu sepotong roti panas. Roti tersebut cukup mengenyangkan perut kedua orang tersebut. Bahkan masih ada sisanya. Kemudian sisa roti itu barulah dimakan oleh Syeikh Abu Bakar".

Ada seorang diceritakan telah meminang seorang gadis. Syeikh Abu Bakar ketika mendengar berita tersebut telah memberikan komentarnya: "Pemuda itu tidak akan mengahwini gadis itu, ia akan kahwin dengan ibu gadis tersebut". Apa yang diceritakan oleh Syeikh Abu Bakar ersebut ternyata benar, kerana tidak lama kemudian ibu gadis itu diceraikan oleh suaminya. Kemudian pemuda itu membatalkan niatuntuk mengahwini gadis tersebut. Bahkan sebagai gantinya ia meminang ibu gadis tersebut.

Diceritakan pula bahwa ada serombongan tetamu yang berkunjung di Kota Tarim tempat kediaman Syeikh Abu Bakar Asseggaf. Tetamu itu tergerak di hatinya masing-masing ingin makan bubur gandum dan daging. Tepat waktu rombongan tetamu itu masuk ke rumah Syeikh Abu Bakar, beliau segera menjamu bubur gandum yang dimasak dengan daging.Kemudian sebahagian dari rombongan tersebut ada yang berkata: "Kami ingin minum air hujan". Syeikh Abu Bakar berkata kepada pembantunya: "Ambillah bejana itu dan penuhilah dengan air yang ada di mata air keluarga Bahsin". Pelayan itu segera keluar membawa bejana untuk mengambil air yang dimaksud oleh saudagarnya. Ternyata air yang diambil ari mata air keluarga Bahsin itu rasanya tawar seperti air hujan.

Pernah diceritakan bahawasanya ada seorang Qadhi dari keluarga Baya'qub yang mengumpat Syeikh Abu Bakar Asseggaf. Ketika Syeikh Abu Bakar mendengar umpatan itu, beliau hanya berkata: "Insya-Allah Qadhi Baya'qub itu akan buta kedua matanya dan rumahnya akan dirampas jika ia telah meninggal dunia". Apa yang dikatakan oleh Syeikh Abu Bakar tersebut terlaksana sama seperti yang dikatakan.

Ada seorang penguasa yang merampas harta kekayaan seorang pelayan dari keluarga Bani Syawiah. Pelayan itu minta tolong kepada Syeikh Abu Bakar Asseggaf. Pada keesokkan harinya penguasa tersebut tiba-tiba datang kepada pelayan itu dengan mengembalikan semua harta kekayaannya yang dirampas dan dia pun meminta maaf atas segala kesalahannya. Penguasa itu bercerita: "Alu telah didatangi oleh seorang yang sifatnya demikian, demikian, sambil mengancamku jika aku tidak mengembalikan barangmu yang kurampas ini". Segala sifat yang disebutkan oleh penguasa tersebut sama seperti yang terdapat pada diri Syeikh Abu Bakar.

Diceritakan pula oleh sebagian kawannya bahawasanya pernah ada seorang ketika dalam suatu perjalanan di padang pasir bersama keluarganya tiba-tiba ia merasa haus tidak mendapatkan air. Sampai hampir mati rasanya mencari air untuk diminum. Akhirnya ia teringat pada Syeikh Abu Bakar Asseggaf dan menyebut namanya minta pertolongan. Waktu orang itu tertidur ia bermimpi melihat seorang penunggang kuda berkata padanya: "Telah kami dengar permintaan tolongmu, apakah kamu mengira kami akan mengabaikan kamu?" Waktu orang itu terbangun dari tidurnya, ia dapati ada seorang Badwi sedang membawa tempat air berdiri di depannya. Badwi itu memberinya minum sampai puas dan menunjukkannya jalan keluar hingga dapat selamat sampai ke tempat tujuan.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Abu Bakar Al-Aidrus

Abu Bakar Al-Aidrus adalah seorang wali besar jarang yang dapat menyamai beliau di masanya. Beliau termasuk salah seorang imam dan tokoh tasawuf yang terkemuka. Beliau belajar tasawuf dari ayahnya dan dari para imam tasawuf yang terkemuka. Selain itu beliau juga pernah belajar hadis Nabi dari Muhaddis Imam Shakawi.

Sebahagian dari karamahnya pernah diceritakan bahawa ketika beliau pulang dari perjalanan hajinya beliau mampir di Kota Zaila' yang waktu itu wali kotanya bernama Muhammad bin Atiq. Kebetulan waktu itu beliau berkunjung kepada wali kota yang katanya kematian isteri yang dicintainya. Syeikh Abu Bakar menyatakan ikut berdukacita dan menyuruhnya untuk tetap bersabar atas musibah yang dihadapinya itu. Rupanya nasihat Syeikh itu rupanya tidak dapat menenangkan hati wali kota itu. Bahkan ia makin menangis sejadi-jadinya sambil menciumi telapak kaki Syeikh Abu Bakar minta doa padanya. Melihat kejadian itu Syeikh Abu Bakar segera menyingkap tutup kain dari wajah wanita yang telah mati itu. Kemudian beliau memanggil mayat itu dengan namanya sendiri. Dengan izin Allah, wanita itu hidup kembali.

Syeikh Ahmad bin Salim Bafadhal pernah menceritakan pengalamannya bersama Syeikh Abu Bakar: "Pernah aku disuruh Muhammad bin Isa Banajar untuk membawakan hadiah buat Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus. Ketika aku beri salam padanya ia telah memberitahukan dahulu apa yang kubawa sebelum kukatakan kepadanya tentang isi hadiah itu. Kemudian Syeikh Abu Bakar berkata: "Berikan kepada si fulan besar ini, berikan pada si fulan demikian dan seterusnya. Ketika Syeikh Umar bin Ahmad Al-Amudi datang berkunjung padanya waktu itu beliau menghormatinya dan mengeluarkan semua makanan yang dimilikinya. Melihat hal itu, Syeikh Umar berkata dalam hatinya: "Perbuatan semacam ini adalah membazir". Dengan segera Syeikh Abu Bakar berkata dengan sindiran: "Mereka itu kami jamu tapi mereka katakan perbuatan itu adalah membazir. Mendengar sindiran itu Syeikh Umar Amudi segera minta maaf.

Termasuk karamahnya jika seorang dalam keadaan bahaya kemudian ia menyebut nama Syeikh Abu Bakar memohon bantuannya. Dengan segera Allah akan menolongnya.

Kejadian semacam itu pernah dialami oleh seorang penguasa bernama Marjan bin Abdullah. Ia termasuk bawahannya bernama Amir bin Abdul Wahab. Katanya: "Ketika aku sampai di tempat pemberhentian utama di kota San'a, tiba-tiba kami diserang oleh sekelompok musuh. Kawan-kawanku berlarian meninggalkan aku. Melihat aku sendirian, musuh mula menyerang aku dari segala penjuru. Di saat itulah aku ingat pada Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus dan kupanggil namanya beberapa kali. Demi Allah di saat itu kulihat Syeikh Abu Bakar datang dan memegang tali kudaku dan menghantarkan aku sampai ke tempat tinggal. Setelah aku sampai di rumahku, kudaku yang penuh luka ditubuhnya mati".

Syeikh Dawud bin Husin Alhabani pernah bercerita: "Ada seorang penguasa di suatu daerah yang hendak menganiaya aku. Waktu sedang membaca surah Yaasin selama beberapa hari untuk memohon perlindungan dari Allah, tiba-tiba aku bermimpi seolah-olah ada orang berkata: "Sebutlah nama Abu Bakar Al-Aidrus". Tanyaku: "Abu Bakar Al-Aidrus yang manakah, aku belum pernah mengenalnya". Jelas orang itu: "Ia berada di Kota Aden (Hadhramaut)." setelah kuucapkan nama itu, Allah menyelamatkan aku dari gangguan penguasa itu. Waktu aku berkunjung ke tempat beliau, kudapati beliau memberitahu kejadian yang kualami itu padaku sebelum aku menceritakan cerita pada beliau".

Sayid Muhammad bin Ahmad Wathab juga bercerita tentangnya: "Pernah aku pergi ke negeri Habasya (Ethiopia). Di sana aku dikeronok oleh gerombolan dan dirampas kudaku serta hartaku. Hampir mereka membunuhku. Kemudian aku menyebut nama Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus mohon pertolongan sebanyak sebanyak tiga kali. Tiba-tiba kulihat ada seorang lelaki besar tubuhnya, datang menolongku dan mengembalikan kuda beserta hartaku yang dirampas. Orang itu berkata: "Pergilah ke tempat yang kami inginkan".

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Ahmad bin Abdurrahman As-Seggaf

Beliau termasuk salah seorang wali yang digolongkan dalam tingkatan Al-Autad dan termasuk ulama besar yang hidupnya secara zuhud.

Pernah diceritakan tentang karamahnya bahawa beliau pernah mengutus pelayannya ke rumah seorang kawannya yang bernama Mujbin Ali Bajarasy untuk menagih apa yang dijanjikan dalam hatinya. Dengan hairan Musa terpaksa memberikan apa yang dijanjikannya walaupun masih baru tergerak dalam hatinya.

Diceritakan juga bahawasanya pada suatu hari salah seorang anak perempuannya yang masih kecil meminta padanya untuk menangkapkan burung yang ada di atas pohon. Beliau menyuruh pelayannya untuk segera mengambil burung yang ada di atas pohon tersebut. Anehnya burung itu dengan patuh tidak bergerak sedikitpun dari tempatnya untuk terbang.

Ketika beliau sakit banyak orang yang menanyakannya bagaimanakah keadaannya? Jawab beliau: "Orang yang soleh itu senang dengan musibah ataupun penderitaan yang dihadapinya, sebagaimana orang-orang yang condong pada duniawi sangat senang dengan segala macam kemewahan hidup". Kemudian beliau mengambil air wudhu' dan solat Zohor. Setelah itu beliau berbaring miring ke kanan menghadap kiblat sambil mengucapkan zikir kepada Allah terus-menerus sampai menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau wafat di tahun 829 H dimakamkan di kota kelahirannya sendiri di Hadramaut.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Ahmad bin Alwi Bahjadab


Tentang karamahnya pernah diceritakan bahawa anak lelaki salah seorang kawannya meninggal dunia. Kawannya itu sangat susah sekali. Seolah-olah kehidupannya terganggu oleh kematiannya. Ketika dibawa kehadapan Sayid Ahmad Bahjadab ia berkata: "Hai Sayid, doakan agar Allah menghidupkan puteraku kembali atau supaya aku dimatikan saja". Sayid itu bertanya kepada Al-Qadhi Muhammad bin Husin: "Apakah boleh mendoakan semacam itu?" Jawab Al-Qadhi Muhammad bin Husin: "Mendoa semacam itu tetap boleh asalkan untuk mendatangkan kebaikan dan menjauhkan kerugian". Kemudian Sayid Ahmad berkata: "Kemudian pada pertama kalinya aku akan doakan kamu agar tetap sabar dan redha menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah". Setelah beliau berdoa, orang itu segera berkata: "Sekarang aku tetap rela apa yang telah ditetapkan oleh Allah".

Diceritakan pula bahawa beliau sering bertemu dengan Khidir a.s. Pada suatu hari salah seorang muridnya yang bernama Awadh Ba Muhtar minta padanya agar ia dapat bertemu dengan Khidir. Jawab Sayid Ahmad: "Insya-Allah kamu akan menemuinya tapi kamu tak dapat". Yang diucapkan oleh Sayid Ahmad itu ternyata benar, iaitu di suatu hari ketika Awadh Ba Muhtar sedang berada di atas gunung yang dikenal dengan nama Al Mu'jaz ia berjumpa dengan Khidir yang berlakon sebagai seorang Badwi sedangkan ia tidak pula mengenalnya. Ketika Badwi itu telah jauh ia berteriak dari jauh: "Hai Awadh Ba Muhtar, Assalamu Alaikum, segala hajatmu akan dikabulkan oleh Allah dan sampaikan salamku pada Sayid Ahmad". Dengan terkejut Awadh berseru: "Datanglah ke mari, aku akan menanyakan sesuatu padamu". jawab Khidir dari jauh: "Tidakkah telah dikatakan kepadamu oleh Sayid Ahmad bahawa kamu tidak akan dapat berbuat sesuatu terhadapku?" Kemudian Khidir segera lenyap dari pandangannya.

Selain itu, beliau juga dikenal sebagai seorang mustajab segala doanya. Kerana itu setiap saat rumahnya selalu dipenuhi orang untuk mohon doa. Terutama bagi mereka yang sedang kena musibah. Sehubungan dengan itu pernah diceritakan bahawa pernah salah seorang muridnya bernama Umar bin Ali bin Mansur datang dari desanya mengeluh bahawa seluruh penduduk desanya sedang dalam kesulitan disebabkan musim kering yang terlalu lama. Ia datang mohon doa agar didoakan agar segera turun hujan. Jawab beliau: "Insya-Allah akan turun hujan di desamu pada hari Rabu mendatang. Ia segera pulang memberi berita gembira pada seluruh penduduk desanya. Apa yang diucapkan oleh beliau itu ternyata benar. Tepat di hari Rabu, Allah menurunkan hujan di desa muridnya itu. Sehingga tanahpun dapat hidup kembali.

Sayid Ahmad bin Alwi ini wafat di kota Tarim di tahun 973 H dan dikuburkan di tanah Zanbal. Kuburnya banyak diziarahi orang.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Hassan bin Abdurrahman As-Seggaf

Beliau dikenal sebagai seorang wali yang besar karamahnya. Diriwayatkan pada suatu hari waktu beliau masih muda beliau sering keluar berburu bersama kawan-kawannya. Dalam suatu perburuan ketika rombongannya kehabisan bekal mereka mengeluh dan ketakutan. Beliau keluar ari rombongannya sebentar. Sekembalinya mereka dapatkan beliau membawa segantang buah kurma yang masih segar.

Diriwayatkan pula bahawasanya ada seorang yang memberinya pinjaman lapan gantang kurma. Pada suatu hari ketika orang itu menagihnya beliau dapatkan kurma yang dititipkan di rumah saudaranya wanita ternyata tinggal lima gantang. Sedangkan beliau tidak punya sesuatu apapun untuk mengganti. Kurma itu kemudian diambilnya dan dibolak-balikkan. Anehnya ketika kurma itu ditimbang kembali beliau dapatkan jumlah kurma tersebut menjadi lapan gantang.

Diriwayatkan pula ketika salah seorang muridnya minta izin hendak berkunjung ke rumah beliau, beliau berkata kepada isterinya: "Buatkan untuk suamimu hidangan istimewa". Tanya isterinya: "Siapa lagi suamiku selain engkau?" Jawab Sayid Hasan: "Murdku itu akan jadi suamimu kelak setelah aku meninggal". Apa yang diucapkan beliau itu ternyata benar. Sepeninggalannya isterinya dikahwini oleh bekas muridnya.

Diriwayatkan ada seorang murid Sayid Hasan yang mengikuti beliau waktu berziarah ke suatu perkuburan. Sekembalinya dari perkuburan waktu keduanya berjalan di bawah terik matahari yang sangat panas, sang murid mengeluh tidak dapat menginjakkan kedua telapaknya di bumi yang sepanas itu. Jawab beliau: "Letakkan telapak kakimu di bekas telapak kakiku". Sang murid itu menjalankan perintahnya sehingga ia tidak merasa kepanasan lagi.

Sayid Hasan bin Abdurrahman As-Seggaf wafat di kota Tarim Hadramaut pada 813 H.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Husin bin Abdillah Al-Aidrus

Beliau seorang wali besar di kota Tarim, Hadramaut dan seorang ahli tasawuf di Hadramaut. Tentang kekaramahannya banyak sekali. Salah seorang muridnya yang bernama Syeikh bin Abdurrahman bin Ali Al-Khatib berkata: "Pada suatu hari aku pernah bersolat Subuh di belakang beliau pada hari Jumaat. Pada rakaat yang pertama beliau membaca surat Al-Sajadah seperti yang disunatkan oleh Nabi. Pada rakaat yang pertama itu aku terganggu oleh kakiku yang gatal. Hampir saja aku memisahkan diri dari berjamaah. Anehnya pada rakaat yang kedua setelah membaca Al-Fateha beliau membaca surat Al-Ikhlas, sehingga aku merasa hairan pada beliau. Aku kira barangkali beliau juga merasa gatal seperti aku sehingga memendekkan solat. Kiranya dugaanku itu salah. Setelah selesai solat beliau duduk berzikir seperti biasanya sampai matahari naik. Dari situ kumengerti bahawa beliau mengetahui keadaaanku dengan cara Kasyaf (melihat sesuatu dengan cara ghaib).

Diriwayatkan pula bahawa Muhammad bin Ali Al-Amri iparnya yang bertempat tinggal di kota Syibam sedang dipenjarakan oleh Sultan. Ketika dalam penjara ia beristighasah (minta tolong dengan memanggil-manggil nama Sayid Husin bin Abdillah Al-Aidrus). Panggilan istighasah tersebut disampaikan oleh Allah kepada Sayid Husin sehingga beliau datang juga ke kota Syibam untuk melepaskan iparnya yng sedang dipenjarakan itu. Sebelum kedatangan beliau, salah seorang keluarganya iparnya yang berada di kota Syibam bermimpi melihat Sayid Husin datang ke kota tersebut. Waktu ditanyakan hendak ke manakah anda, jawab beliau: "Aku hendak melepaskan iparku dari penjara".

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................


Al-Habib Ali bin Abu Bakar As-Seggaf

Selain dikenali orang sebagai seorang wali beliau juga salah seorang tokoh ulama yang kenamaan. Beliau sering memberitahukan apa yang tersembunyi dalam hati murid-murid beliau.

Salah seorang murid beliau yang bernama Soleh Bahramil berkata: "Pada suatu kali ketika aku sedang sibuk berzikir di tengah majlis beliau, tibatiba di hatiku tergerak sesuatu yang mengganggu zikirku. Beliau menoleh padaku sambil berkata: "Berzikir itu jauh lebih penting dari apa yang tergerak di hatimu".

Seorang wanita yang bernama Nahyah binti Mubarak Barasyid pernah tergerak dalam hatinya: "Jika hajatku dikabulkan oleh Allah, ia akan membuatkan sehelai selimut dengan tangannya sendiri untuk Sayid Ali bin Abu Bakar As-Seggaf. Setelah Allah mengabulkan ia terlupa dengan niat dalam hatinya. Sayid Abu Bakar As-Seggaf mengutus salah seorang untuk mengingatkan niat yang tersimpan dalam hati wanita itu. Dengan malu wanita itu membuatkannya segera selimut yang akan dihadiahkan pada Sayid Ali.

Seorang murid beliau berkata: "Pernah aku keluar dari kota Tarim untuk menghantarkan seorang temanku yang hendak berpergian. Temanku itu menitipkan padaku seratus Uqiyah. Dalam perjalananku pulang ke Tarim, wang seratus Uqiyah itu terjatuh ke tengah jalan tanpa kuketahui. Aku datang menemui Sayid Ali, kuadukan kejadian itu. Jawab beliau: "Kembalilah kamu di jalanan yang telah kamu melalui sebelumnya". Waktu aku keluar menyusuri jalanan yang kulalui, kudapatkan wang seratus Uqiyah itu berada di bawah sebuah tembok di pinggir jalanan.

Seorang muridnya pernah berkata: "Pernah sebiji mata anak perempuan saudaraku terkeluar. Aku datang kepada Sayid Ali As-Seggaf dengan membawa anak perempuan yang keluar matanya itu. Beliau pegang mata itu kemudian dikembalikan pada tempatnya semula. Dengan izin Allah mata yang keluar itu sembuh seperti semula. Aku minta pada beliau mendoakan untuk anak wanita itu agar dapat cepat kahwin. Dengan izin Allah wanita itu segera dipinang orang setelah hidup membujang dalam waktu yang lama".

Salah seorang kawan beliau berkata: "Pernah aku kehilangan perhiasan yang dibuat dari emas. Aku datang menghadap Sayid Ali As-Seggaf minta doa agar perhiasanku yang hilang itu kutemukan kembali. Beliau berdoa. Waktu pagi hari anehnya kudapati perhiasan itu berada di bawah pohon kurma".

Sayid Ali bin Abu Bakar As-Seggaf wafat pada tahun 895 H. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan Zanbal, Hadramaut.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Umar Al-Muhdhor

Makam Al-Habib Umar Al-Muhdhor di Zanbal, Hadhramaut

Beliau adalah anak lelaki Syeikh Abdurrahman As-Seggaf. Beliau seorang wali besar yang mempunyai karamah luar biasa. Karamahnya banyak diceritakan orang.

Sebahagian dari karamah beliau ialah semua harta bendanya dibiarkan begitu saja tanpa dijaga sedikitpun. Anehnya siapa saja yang berani mengganggunya pasti terkena bencana seketika itu juga. Sampaipun jika ada seekor binatang yang berani mengganggu tanamannya tanpa pengetahuan beliau, binatang itu akan mati seketika itu juga.

Diriwayatkan ada seekor burung gagak yang makan pohon kurmanya. Burung itu segera dihalaukannya. Tidak lama kemudian, burung gagak itu pun kembali makan pohon kurma beliau. Dengan izin Allah burung gagak itu tersungkur mati seketika itu juga.

Sebahagian pelayan beliau ada yang mengadukan tentang banyaknya kijang yang menyerang kebun beliau dan tetangga beliau banyak yang mentertawakannya. Beliau menyuruh pelayannya berseru untuk menyuruh semua kijang yang berada di kebun beliau segera meninggalkan tempat menuju ke kebun tetangga beliau yang mentertawakannya. Dengan izin Allah semua kijang itu menyingkir pindah ke kebun tetangga yang mentertawakan beliau. Terkecuali hanya seekor kijang saja yang tidak mahu berpindah. Dengan mudah kijang tersebut dipegang oleh beliau dan disembelih.

Salah seorang pelayan beliau bercerita: "Ayah saudaraku mempunyai anak perempuan yang cantik. Setiap kali dipinang orang anak perempuan itu selalu menolak pinangannya. Aku mengadukan hal itu kepada Sayid Umar Al-Muhdhor. Jawab beliau: "Anak perempuan ayah saudaramu itu tidak akan berkahwin selain dengan engkau, dan engkau akan menapatkan seorang anak lelaki daripadanya". Aku rasa apa yang dikatakan oleh Sayid Umar Al-Muhdhor itu tidak mungkin akan terjadi pada diriku yang sefakir ini. Dengan izin Allah aku pun dipinang oleh anak perempuan ayah saudaraku itu. Aku kahwin dengan anak perempuan ayah saudaraku dan mendapatkan seorang anak lelaki seperti yang dikatakan oleh Sayid Umar Al-Muhdhor".

Seorang datang mengadu pada beliau: "Kalung isteriku dicuri". Sayid Umar Al-Muhdhor berkata: "Katakan pada orang banyak di sekitarmu, siapa yang merasa mengambil kalung itu hendaknya segera dikembalikan, kalau tidak dalam waktu tiga hari ia akan mati dan kalung tersebut akan kamu temui pada baju pencuri itu". Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia dapatkan orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Waktu diperiksa ia dapatkan kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh Sayid Umar.

Pernah beliau memberi kepada kawannya segantang kurma yang ditempati dalam keranjang. Setiap hari orang itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian itu si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Waktu ditimbang ternyata hanya segantang saja seperti yang diberikan oleh Sayid Umar Al-Mudhor. Anehnya setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja. Waktu keluarga itu mengadukan kejadian itu pada Sayid Umar beliau hanya menjawab: "Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun".

Doa beliau sangat mujarab, banyak orang yang datang pada beliau untuk mohon doa. Ada seorang wanita yang menderita sakit kepala yang berpanjangan. Banyak doktor dan tabib yang dimintakan pertolongannya. Namun tidak satupun yang berhasil. Si wanita itu menyuruh seorang untuk memberitahukan penderitaannya itu kepada Sayid Umar Al-Muhdhor. Beliau berkunjung ke rumah wanita yang sakit kepala itu dan mendoakan baginya agar diberi sembuh. Dengan izin Allah wanita itu segera sembuh dari penyakitnya.

Ada seorang lelaki yang mengadu pada beliau bahawa ia telah kehilangan wang yang berada di dalam pundi-pundinya. Beliau berdoa kepada Allah mohon agar wang lelaki itu dikembalikan. Dengan izin Allah pundi-pundi itu dibawa kembali oleh seekor tikus yang menggondolnya.

Karamah beliau banyak sekali sehingga sukar untuk disebutkan semua. Beliau wafat di kota Tarim pada tahun 833 H dalam keadaan bersujud waktu bersolat Zohor. Beliau dimakamkan di perkuburan Zanbal.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
oleh: Husnain Muhammad Makhlof - bekas Mufti Mesir

Makam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad di Zanbal, Hadhramaut

Beliau adalah Syeikh Al-Islam, atau mahaguru, penganjur dan pemimpin utama dalam jejak dakwah dan pendidikan, dari keturunan Sayyid, yang mulia, Abdullah bin Alwi Al-Haddad Al-Alawi Al-Husaini Al-Hadrami As-Syafa'i, Imam Ahli zamannya, yang sering berdakwah kepada jalan Allah, berjuang untuk mengembangkan agama yang suci dengan lisan dan penanya yang menjadi tumpuan dan rujukan orang ramai dalam ilmu pengetahuan.

Beliau telah dilahirkan di salah sebuah kampung di kota Tarim, iaitu salah satu kota negeri Hadhramaut yang terkenal, pada malam 5 haribulan Safar, tahun 1044 Hijrah. Beliau lalu dibesarkan di kota tersebut, yang terkenal sebagai pusat penetapan kaum Ashraf (keturunan Sayyid) dari keturunan Sayyidina Husin bin Ali bin Abi Thalib. Di sanalah beliau mendapat pelajaran Al-Quranul Karim serta menghafalnya.

Di masa kecil, beliau kehilangan pandangannya disebabkan tekanan penyakit cacar. Akan tetapi Allah SWT telah menggantikan pandangan lahir itu dengan pandangan batin. Beliau terus menuntut ilmu agama dan mendalaminya, sehingga menjadi pintar dan jaguh dalam segala selok-beloknya. Kemudian beliau mendampingi para ulama yang terkenal di zamannya, sehingga Allah Ta'ala mengurniakan kekuatan menghafal yang sangat menakjubkan serta fahaman yang luar biasa.

Beliau terus bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal ibadatnya, menyertakan amal di samping ilmu. Demikianlah cara hidup beliau dari sejak umur remaja hingga ke umur dewasa dan ke umur tua. Kemudian beliau mula bergiat untuk mendidik murid-muridnya, dan membimbing peminat-peminat untuk menuju ke jalan Allah Ta'ala. Lantaran itu, ramailah pelajar-pelajar ang datang mengunjunginya dari merata ceruk dan rantau, sehingga dengan itu tersebar luaslah manfaat yang ditabur oleh beliau ke merata tempat. Beliau sering juga merantau dan mengunjungi beberapa negeri untuk tujuan dakwah dan menyebarkan ilmu pengetahuan, sehingga tersebar luaslah pula pengajaran ilmu agama itu kepada orang ramai.

Beliau juga seorang penyair yang berbakat; apabila mengungkapkan syairnya, nescaya mempersonakan. Juga seorang penuls yang puitis. Tulisannya sungguh mengharu dan memikat hati. Apabila berpidato, sering menimbulkan minat untuk mendengar, dan apabila berhuja, sering melumpuhkan.

Beliau terkenal seorang pengarang yang jelas segala ibaratnya, kukuh dalam pengolahannya, mendalam segala perbahasannya, meneliti dalam pengambilannya, hujahnya terang, penerangannya mengkagumkan, amat luas interpretasinya. Beliau sering mengukuhkan pembicaraannya dengan ayat-ayat Al-Quranul Karim, dengan hadis-hadis Nabi SAW dan kata bicara dari para tokoh dan imam, untuk mencabut dari gangguan-ganguan dalam diri dan was-was dalam dada setiap yang syubhat dan memperbetulkan setiap buruk sangka, sehingga tiada ditinggalkan sesuatu mushkilah pun melainkan dicelanya, atau sesuatu persoalan pun melainkan dijawabnya. Yang demikian itu dapat diikuti dalam semua karangan-karangannya, umpamanya "An-Nasha'ah Ad-Dinniyah" dan sebuah risalah yang berjudul "Ad-Da'wah At-Tamah", dan risalah yang lain lagi berjudul "Al-Muzakkarah Ma'a Al-Ikhwan Wal-Muhibbin", yang lain lagi "Al-Fawassal Al-'Ilmiyyah" dan "Ithaf As-Sa'al Ba'jawabah Al-Masa'al" dan sebuah dewan (kumpulan syairnya) yang terkenal itu.

Beliau r.a. telah diwafatkan pada petang hari Selasa, 7 haribulan Dzulkaedah tahun 1132 Hijrah, dan dikebumikan di perkuburan Zanbal, kota Tarim. Moga-moga Alah menggandakannya dengan balasan pahala yang banyak.

Dipetik dari: Nasihat Agama dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Haddad terjemahan Syed Ahmad Smeth

...................................................................................................................

Syeikh Taqiuddin Abu Bakar Al-Assni Al-Husaini

Beliau adalah seorang wali besar yang mempunyai karamah luar biasa. Beliau termasuk Ahlil-Bait dari silisilah Al-Husaini dan bermazhab Syafi'i.

Tentang karamahnya sangat besar. Pernah diceritakan bahwa ketika tentera Islam keluar untuk berperang di Cyprus banyak orang menyaksikan bahawa Syeikh Taqiuddin ikut berperang bersama sejumlah pasukan yang terdiri dari murid beliau. Cerita tersebut waktu diceritakan pada penduduk yang tidak ikut ke medan perang mereka hanya menjawab: "Seharipun kita tidak berpisah dari Syeikh dan beliau selalu berada bersama kami".

Diceritakan pula bahwa Syeikh sering memberi makan pada orang banyak dengan buah kurma yang masih segar pada saat-saat yang bukan musimnya.

Demikian pula diceritakan bahawasanya sekelompok jemaah haji yang ikut berhaji di suatu tahun. Rombongan haji itu ada melihat Syeikh berada di Madinah. Ada pula yang melihatnya di Mekah dan Arafah, ketika mereka kembali dari perjalanan hajinya mereka ceritakan kepada penduduk apa yang mereka lihat pada diri beliau di tiga tempat suci itu. Jawab penduduk: "Seharipun Syeikh tidak meninggalkan kota Damascus selama musim haji".

Selain sebagai seorang wali beliau juga dikenal sebagai ulama besar yang banyak karya ilmiahnya seperti kitab Syarhul Minhaj, Syarah Muslim, Syarah Asmaul Husna, kitab Siarus Saalik sebanyak tiga jilid, Qam'un Nufus dan Kitab Alkifayah Syarah Ibnu Qasim Al-Ghazi.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Sayid Hatim bin Ahmad Al-Ahdal

Sebahagian perawi sejarah menulis bahawa Sayid Hatim bin Ahmad adalah seorang wali besar yang hebat kekaramahannya. Beliau pernah tinggal di Mekkah dan Madinah selama beberapa tahun kemudian menetap di kota Makha (Yaman).

Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: "Nabi s.a.w. mengangkatku jadi penguasa di desa dan seluruh kawasan ini". Diriwayatkan pula bahawa beliau pernah memberitahukan beberapa kejadian yang akan terjadi pada empat tahun mendatang. Ternyata semua yang dikatakan beliau itu terjadi sama seperti yang dikatakannya.

Sebahagian penguasa yang zalim pernah mengeluarkan pengumuman untuk mensita harta seorang keluarga Ahlul Bait secara tidak wajar. Orang itu pergi melaporkan pada Sayid Hatim bin Ahmad apa yang akan dilakukan oleh penguasa tersebut. Kata Sayid Hatim: "Berikan apa saja yang akan disita, sesungguhnya ia tidak akan dapat menjamahnya sedikitpun". Waktu penguasa tersebut tiba di rumah orang itu, si pemilik rumah membiarkan saja apa yang dilakukan oleh penguasa zalim itu. Waktu hendak dipegangnya harta yang akan disitanya itu ia merasakan pedih pada sekujul tubuhnya sehingga ia berteriak-teriak sambil bertari dan meniaggalkan harta yang akan disita dengan tidak wajar itu.

Pada suatu hari pelayan beliau mengadu bahawa untuk hari itu tidak ada wang yang akan dimakan. Lalu beliau mengambil sapu tangannya yang kosong dan dikeluarkan dari dalamnya beberapa dirham sambil berkata: "Aku diberi izin oleh Allah untuk menggunakannya sekedar keperluan kami saja".

Ada seorang yang memfitnah dan membusuk-busukkan nama beliau di khalayak rarnai. Waktu berita itu didengar, beliau hanya mengeluarkan satu bait syair yang isinya bahawa yang berbuat fitnah itu kelak akan digigit ular. Apa yang dikatakan oleh Sayid Hatim itu benar-benar terjadi. Orang yang suka memfitnah beliau itu pada malam harinya digigit ular pada lidahnya hingga mati.

Sayid Hatim bin Ahmad wafat dikota Makha, Yaman pada tahun 101M.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Raihan bin Abdillah Al-'Adani

Beliau seorang wali Allah tinggal di kota Aden, Hadramaut. Semua penduduk Aden mengenalnya kerana keluarbiasaan karamahnya.

Salah seorang penduduk Aden bercerita tentang dirinya bersama Syeikh Raihan: "Di suatu bulan Ramadhan aku hendak membelikan makanan buat keluargaku. Waktu itu aku keluar ke pasar Aden antara waktu Maghrib dan lsya'. Waktu aku bertemu dengan Syeikh Raihan, tiba-tiba beliau memegang tanganku dan membawaku terbang ke angkasa hingga aku takut. Aku menangis memohon untuk dikembalikan ke bumi. Beliau mengabulkan permintaanku. Beliau membawaku turun ke bumi sambil berkata: "Sesungguhnya aku ingin membawa anda bertamasya di ruang angkasa, agar anda bergembira". Namun aku menolak permintaannya itu". Al Yafi'i pernah meriwayatkan bahawa salah seorang murid pernah berkata: "Pada suatu hari syeikh kami menyuruh kami untuk membeli buah kurma dari pasar Aden baginya. Kamipun pergi hendak membeli buah kurma dari pasar Aden narnun tidak kami dapatkan seorangpun yang menjualnya. Ketika ditengah perjalanan kami bertemu dengan syeikh Raihan Al-'Adani berkata: "Lihatlah pada orang-orang itu mereka disuruh oleh gurunya untuk membeli sesuatu yang dapat mernuaskan nafsu gurunya narnun tidak ada. Kerana itu pergilah kamu ke rumah si Fulan di tempat itu, nanti kamu akan dapatkan apa yang diinginkan oleh guru kamu". Tepat seperti yang diucapkan oleh Syeikh Raihan, ketika kami pergi ke tempat si fulan yang ditunjukkan oleh syeikh Raihan, kami dapatkan buah kurma yang diinginkan guru kami". Waktu kami ceritakan cerita itu pada guru kami beliau hanya tertawa saja mendengarnya. Kemudian beliau berkata: "Sesungguhnya aku ingin bertemu dengan syeikh Raihan". Tidak beherapa lama tiba-tiba datanglah syeikh Raihan ke masjid yang ketika itu guru kami sedang berada. Akhirnya keduanya bercakap-cakap empat mata saja dengan singkat. Setelah syeikh Raihan keluar meninggalkan majlis guru kami menerangkan kekagumannya terhadap syeikh Raihan.

Diriwayatkan pula bahawa salah seorang penduduk Aden bercerita: "Pada suatu malam ketika aku berada di tepi pantai Aden aku tidak dapat masuk sedangkan aku belum makan malam. Akupun tinggal sendirian di tepi pantai itu. Disaat itu aku melihat syeikh Raihan Al-'Adani juga sedang berada di tepi pantai. Aku datang pada beliau dan kukatakan padanya: "Aku tidak dibukakan pintu oleh penduduk kota Aden, sedangkan aku lapar belum makan malam aku tidak mempunyai makanan. Kerana itu aku mohon bubur Harisah dari anda". Jawab syeikh Raihan: "Dari manakah aku akan memberimu makan bubur Harisah di malam hari ini, apa kamu kira aku seorang tukang masak bubur Harisah?" Jawabku: "Wahai tuan, aku mohon kiranya sudilah tuan memberiku bubur Harisah". Dengan izin Allah tidak kusangka-sangka di hadapanku telah terhidangkan sepiring bubur Harisah yang masih panas. Akupun berkata pada beliau: "Sayang tidak ada minyak saminnya". Jawab syeikh Raihan: "Apakah aku jual minyak samin?" Jawabku: "Aku minta pada tuan sudilah kiranya memberiku samin agar bertambah lazat rasanya". Jawab syeikh Raihan: "Ambillah air laut itu setimba untuk kupakai berwudhu". Aku pergi ke tepi laut dan kutimbakan air setimba kemudian aku berikan pada beliau. Waktu aku tiba di hadapan syeikh Raihan, beliau mengambil air itu dari tanganku dan diluangkan ke piring yang ada bubur Harisah. Anehnya kulihat yang dituang itu adalah minyak samin. Sepiring bubur Harisah itu habis kumakan dengan dicampur minyak samin yang amat lazat sekali. Rasanya belum pemah aku makan bubur Harisah dan minyak samin yang selazat itu".

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Abu Muhammad Al-Haddad Al-Yamani

Tentang karamahnya besar sekali. Pada suatu hari beliau memegang besi yang menyala. Narnun tidak dapat melukai tubuhnya walaupun digoreskan pada tubuh beliau. Sebabnya ialah pada suatu hari ketika beliau masih muda beliau pernah merayu seorang wanita cantik. Narnun wanita itu selalu menolaknya. Abu Muhammad dikenal sebagai seorang kaya yang banyak menolong orang. Pada suatu waktu ketika wanita itu ditimpah musibah ia memerlukan wang dan bantuan. Kerana itulah ia teringat pada Abu Muhammad yang dulu merayunya. la segera mengundang Abu Muhammad ke rumahnya. Ketika Abu Muhammad bertemu padanya beliau bertanya: "Apakah yang menyebabkan anda mengajakku berbuat sedemikian ini?" Jawabnya: "Aku tertimpa suatu musibah, aku memerlukan wang dan pertolongan dan aku tidak tahu jalan lain selain ingat padamu, sebenarnya aku tidak terbiasa dengan mengajak orang laki ke suatu jalan yang tidak baik". Mendengar ucapan itu Abu Muhammad segera sedar akan dirinya. Dengan segera beliau berikan semua harta yang ada padanya. Kemudian beliau segera mening galkan wanita itu dan beliau pun bertaubat kepada Allah. Ketika wanita itu melihat Abu Muhammad meninggalkannya dan memberikan semua harta yang dimilikinya itu ia berdoa kepada Allah: "Semoga Allah menjauhkan engkau dari api neraka sebagaimana engkau menjauhkan diri dari perbuatan jahat yang akan menyebabkan aku terjerumus ke dalam api neraka". Ternyata doa wanita itu dikabulkan oleh Allah sehingga Abu Muhammad mendapat darjat kewalian dan diberi karamah tidak akan terbakar oleh api yang nyala. Sejak saat itu Abu Muhammad terus beribadat dan selalu berkumpul dengan orang-orang yang soleh. Dan karamah beliau pun banyak.

Abu Muhammad wafat di tahun 668 H.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Abdullah Ba'alawi Ibnul Ustadzul A'dzam

Beliau dikenali sebagai salah seorang ulama besar dan wali yang kenamaan di masanya. Tentang karamahnya pernah diceritakan bahawasanya pada suatu hari beliau melihat seorang minum Khamer di Mekkah. Beliau memperingatkan orang itu agar berhenti dari perbuatan mungkarnya. Namun peminum Khamer itu menjawab: "Aku adalah seorang penjahit, aku minum Khamer ini agar membantu daya khayalku dalam menjahit". Tanya beliau: "Maka Allah memberimu kekayaan apakah anda akan mengulangi perbuatanmu yang semacam ini?" Jawab peminum itu: "Tidak". Mendengar ucapan orang itu beliau segera mendoakan agar ia diberi kekayaan dan dibukakan jalan untuk bertaubat. Berkat doa beliau orang itu bertaubat dan Allah pun memberinya kekayaan yang berlimpah-limpah.

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Ahmad bin Abdullah Ba'amir pernah bercerita: "Aku pernah menitipkan wang beberapa Dirham kepada Muhammad Ba'ubaid. Kebetulan rumah Muhammad Ba'ubaid terbakar dan hartaku pun ikut terbakar sehingga aku sangat susah kerananya. Aku datang kepada guruku Sayid Abdullah Ba'alawi untuk kuadukan persoalanku tersebut. Narnun beliau tidak menanggapi persoalanku itu. Isterinya memohon pertolongan pada beliau agar beliau mau menolong padaku. Beliau mengatakan sesuatu pada pelayannya. Pelayan itu segera meninggalkan beliau. Tidak seberapa lama ia datang dengan membawa sebuah kantung yang berisi wang Dirham. Sekantung wang Dirham itu segera diserahkan padaku. Waktu kuperhatikan seluruh wang Dirham yang ada dalam kantung itu ternyata adalah wangku yang terbakar di rumah Muhammad Ba'ubaid".

Diriwayatkan bahawasanya ada serombongan kaum fakir yang lapar datang kepada beliau. Beliau menyuruh pelayannya untuk pergi tempat penyimpanan kurma. lawab pelayannya: "Tempat penyimpanan kurma itu telah habis isinya". Beliau tetap menyuruh pelayannya untuk pergi mengambil kurma dari tempat tersebut. Narnun pelayan itu tetap menjawab seperti jawabannya semula. Setelah itu beliau berkata: "Pergilah ke tempat penyimpanan kurma itu nanti kamu akan mendapatkan kurma di tempat tersebut". Waktu pelayan itu pergi ke tempat penyimpanan kurma yang ditunjukkan oleh beliau ternyata ia dapatkan kurma dalam tempat itu cukup untuk memberi makan sekelompok kaum fakir yang berkumpul di rumah beliau. Bahkan setiap orang dari mereka pulang dengan perut kenyang dan membawa sisa kurma yang masih banyak itu ke rumahnya masing-masing.mendamaikannya dengan keluarga Bani Ahmad yang mengancam untuk merosak ladangnya. Beliau segera menunggang kudanya pergi ke tempat Bani Ahmad dan menganjurkan mereka untuk mengurungkan niat mereka. Namun mereka menolak anjuran beliau. Untuk merendahkan keterangan itu beliau berkata: "Ladang orang itu adalah milikku jangan kamu berani mengganggunya kalau ingin selamat". Kemudian beliau pergi meninggalkan keluarga Bani Ahmad. Mendengar tentangan yang sedemikian itu sebahagian orang tua dari keluarga Bani Ahmad berkata: "Sebenarnya kamu telah mendengar apa yang diucapkan oleh Sayid Abdullah dan aku takut kamu akan merasakan akibatnya jika kamu sampai berani melaksanakan niat kamu, sebaiknya kamu kirimkan keldai kamu untuk makan dari hasil ladang petani itu, jika ia selamat maka kamu boleh melaksanakan niat kamu, namun jika ia terkena musibah maka kamu harus meninggalkan niat kamu". Usul baik itu diterima dan segera mereka mengirirnkan keldai mereka untuk merosak tanaman dari ladang petani itu. Waktu keldai mereka makan sebahagian dari tanaman yang ada dalam ladang petani itu, dengan izin Allah keldai itu jatuh tersungkur mati seketika itu juga. Sehingga mereka tidak jadi melaksanakan niat mereka.

Diriwayatkan bahawa salah seorang murid beliau yang bernama Syeikh Muflih bin Abdillah bin Fahd pernah menceritakan tentang pengalamannya dengan beliau: "Di suatu tahun ketika aku akan berangkat ke Haji aku datang pada Sayid Abdullah bin Alwi untuk minta izin dan minta bantuan wang buat ongkos dalam perjalanan. Jawab beliau: "Apakah kamu mau menerimanya di sini ataukah aku pesankan pada salah seorang kawan kami yang berada di Mina untuk memberikan segala macam keperluanmu?" Jawabku: "Biar aku minta di Mina saja". Jawab beliau: "Jika kamu telah sampai di Mina carilah si Fulan bin Fulan kelak ia akan memberikan segala apa yang kamu minta". Tepat setelah selesai menjalankan ibadat Haji waktu kami tanyakan orang yang disebutkan oleh Sayid Abdullah itu, kami ditunjukkan ke tempatnya oleh orang yang mengenalnya. Setelah bertemu dengan orang yang kucari, aku terangkan apa yang dikatakan oleh Sayid Abdullah padaku. Orang tersebut menanyakan padaku dimanakah beliau sekarang berada?" Aku jawab: "Beliau kini sedang berada di kota Tarim (Hadramaut)". Orang itu hanya meniawab: "Kelmarin di hari Wuquf beliau berkumpul dengan kami di Arafah sambil memakai pakaian ihram". Kemudian orang itu memberikan apa yang kuminta padanya. Waktu aku tiba di kota Tarim beliau menyambut kedatanganku dari Haji sambil mengucapkan selamat. Jawabku: "Aku ucapkan selamat pula bagimu, aku dengar dari orang itu bahawa Sayid kelmarin berwuquf di Arafah juga". Jawab beliau: "Jangan kamu beritahukan pada seorangpun tentang kehadiranku di Arafah selama aku masih hidup".

Sayid Abdullah bin Alwi ini wafat di tahun 731 H, dalam usia sembilan puluh tiga tahun.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Ali Ridha bin Musa Al-Kadhim

Beliau dikenali sebagai salah seorang pernuka dan ulama Ahlil Bait Nubuwah yang besar pengaruhnya di kalangan Syiah. Beliau hidup semasa Khalifah Harun Rasyid. Banyak orang yang menyaksikan karamah beliau. Beliau pernah berkata kepada seorang yang sihat: "Bersiaplah untuk menghadapi kematianmu". Setelah tiga hari orang tersebut diberitakan meninggal dunia.

Al Hakim meriwayatkan dari Muhammad bin Isa bin Abi HuFaib: "Aku pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. di suatu gedung yang biasa kaum Haji singgah di tempat itu ketika tiba di kota kami. Di gedung itu kulihat ada sebuah piring yang berisi buah kurma. Kulihat Rasulullah memberiku delapan belas buah kurma. Setelah dua puluh hari setibanya dari Madinah Ali Ridha singgah di tempat itu. Penduduk kota kami datang menyambutnya. Akupun datang menemui beliau. Kulihat beliau sedang duduk di tempat yang diduduki oleh Rasulullah seperti yang kulihat dalam mimpiku. Sedangkan di hadapan beliau ada sebuah piring yang berisi buah kurma sama seperti yang kulihat di dalam mimpiku. Kemudian beliau memberiku segenggam buah kurma. Ketika kuhitung jumlahnya sama berjumlah lapan belas buah. Aku berkata: "Tambahkan sedikit lagi". Jawab beliau: "Jika Rasulullah waktu itu menambahkan pasti aku tambahkan padamu".

Dalam kitab Al Itihaf Bi-Hubbil Asyraf disebutkan: "Waktu Khalifah Ma'mun, hendak menjadikan Ali Ridha sebagai penggantinya kelak sebahagian bawahan Khalifah Ma'mun tidak senang. Mereka takut kalau kekuasaan itu akan berpindah dari keluarga Banil Abbas kepada keluarga Bani Fatimah. Orang-orang yang tidak setuju itu ingin menunjukkan pembangkangannya pada Ali Ridha. Biasanya jika Ali Ridha hendak masuk ke dalam istana orang-orang yang berada dalam istana akan berdiri untuk memberi salam pada beliau terlebih dahulu. Kemudian mereka membukakan tabir yang memisahkan tempat bersemayamnya khalifah dengan ruangan luar. Pada suatu hari pegawai-pegawai istana yang tidak senang pada beliau bersepakat untuk tidak berdiri menghormat beliau dan tidak akan membukakan tabir agar beliau tidak dapat masuk ke dalam majlis khalifah. Di suatu pagi ketika pegawai-pegawai istana sedang duduk tiba-tiba datanglah Ali Ridha hendak masuk ke dalam majlis khalifah seperti biasanya. Anehnya waktu Ali Ridha masuk ke ruang itu tidak seorangpun dari mereka yang tidak bangkit untuk menghormatinya dan membukakan tabir. Setelah Ali Ridha masuk ke dalam majlis khalifah mereka saling menyalahkan apa yang telah dilakukan masing-masing. Kemudian mereka bersepakat sekali lagi untuk tidak membukakan tabir jika Ali Ridha datang ke dalam istana. Keesokan harinya waktu Ali Ridha datang seperti biasanya mereka hanya memberi salam saja pada beliau tanpa membukakan tabir. Dengan izin Allah berhembusanlah angin kencang dalam istana sehingga tabir itu tersingkap dan Ali Ridha pun masuk dalam istana dengan aman. Demikian pula waktu Ali Ridha akan pulang berhembuslah angin dari arah dalam menyingkapkan tabir sehingga Ali Ridha dapat melalui dengan santai.

Melihat kejadian itu salah seorang dari mereka berkata: "Sungguh orang ini mempunyai kedudukan tinggi disisi Allah dan ia selalu mendapatkan pertolongan dari Allah. Lihatlah bagaimanakah datangnya angin sekencang itu yang dapat menyingkapkan tabir ketika beliau datang dan pulang. Kerana itu bertaubatlah kamu pada Allah atas perbuatan kamu".

Alhasan bin Musa Al Khadhim bercerita: "Ketika kami sedang berada di majlis Ali Ridha ada seorang yang bernama Ja'far bin Umar Ali Alawi melalui sedangkan pakaiannya compang-camping dan mukanya kusut. Melihat keadaannya yang sangat menyedihkan itu sebahagian kami ada yang melihatnya dengan pandangan jijik. Ali Ridha berkata: "Dalam waktu dekat orang itu akan kamu lihat dalam keadaan kaya, banyak pelayan yang mengiringkannya dan keadaannya pun akan sedap untuk dipandang". Belum sebulan dari ucapan beliau, orang tersebut diangkat sebagai gabenor dan kedudukannya pun berubah. la jadi seorang kaya raya, jika berjalan diiringkan oleh seluruh pelayan dan pembesar-pembesar lainnya. Ketika ia berjalan kami bangun untuk rnenghormatnya dan mempersilakannya singgah".

Musa bin Marwan berkata: "Aku pernah melihat Ali Ridha berada di masjid Madinah sedangkan khalifah Harun Rasyid berkhutbah. Beliau berkata: "Ketahuilah bahawa aku dan ia (Harun Rasyid) kelak akan dikuburkan berdampingan"."

Hamzah bin Ja'far Al Arjani berkata: "Suatu hari kulihat Khalifah Harun Rasyid keluar dari salah satu pintu Masjidil Haram, sedangkan Ali Ridha keluar dari pintu yang lain. Beliau berkata sambil menunjukkan ucapannya itu kepada Khalifah Harun ar-Rasyid: "Wahai orang yang berjauhan tempatnya dengan aku kelak akan berdampingan dalam kubur, kelak kota Thousia (Iran) akan mendekatkan aku dengannya. Apa yang diucapkan oleh beliau ternyata benar-benar terjadi. Ketika Khalifah Harun sedang dalam suatu perjalanannya untuk berhijad beliau meninggal dekat kota Thousia. Jenazahnya dimakamkan dekat kuburan Ali Ridha di Thousiah".

Husin bin Yasarah berkata: "Pernah Ali Ridha berkata padaku: "Kelak Abdullah bin Harun Rasyid akan membunuh saudaranya Muhammad bin Harun Rasyid". Tanyaku pada beliau: "Apakah hal itu akan terjadi?" Jawab beliau: "Ya". Ternyata apa yang diucapkan beliau benar-benar berlaku."

Ali Ridha wafat di kota Thousiah (Khurasan) di akhir bulan Safar tahun 203 H.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa

...................................................................................................................

Al-Habib Alwi bin Thahir bin Abdullah Al-Haddad (Mufti Johor)

Beliau adalah Al-'Alamah Sayid Alwi bin Thahir bin Abdullah Al-Haddad, seorang penulis yang hebat dan sejarawan yang suka meneliti. Jika berbicara tentang suatu persoalan, beliau memaparkan segala seginya dan menguatkannya dengan dalil-dalil aqli dan naqli. Beliau seorang yang memiliki ghirah (kecemburuan) terhadap Islam dan menjadi pembelanya. Di samping itu, beliau juga pembela keluarga Rasulullah s.a.w. aktif berhubungan dengan para ahli ilmu di berbagai tempat di seluruh dunia Islam, dan selalu menghindari pertentangan-pertentangan mazhab.

Sayid Alwi bin Thahir Al-Haddad dilahirkan di negeri Qaidun, Hadhramaut. Beliau memperoleh ilmu-ilmunya di sana dengan didukung oleh kecerdasan dan keteguhannya dalam menuntut ilmu, dan selalu menyertai ulama-ulama besar sehingga dapat mencapai puncak keilmuannya dan menghimpunkan berbagai ilmu naqli dan aqli yang membuatnya melebihi rakan-rakannya, bahkan beliau mampu melakukan istinbath dan ijtihad yang cermat dan tidak dapat dicapai oleh sebagian orang. Beliau juga memiliki karangan-karangan yang banyak dan kajian-kajian di berbagai suratkhabar dalam bermacam-macam persoalan kemasyarakatan, politik, aqidah, sejarah dan fatwa yang mencapai 13000 masalah. Beliau juga sering berpidato dan memberikan ceramah pada pertemuan-pertemuan umum. Ceramah yang disampaikannyadi depan Jong Islamieten Bond (Perkumpulan Pemuda Muslimin) telah diterbitkan dalam dua bahasa: Indonesia dan Arab. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal, Haji Oemar Said Cokroaminoto sering berhubunngan dengannya. Ketika dia sedang mengarang buku tentang sejarah Nabi dalam bahasa Indonesia, dia menunjukkan kepada Sayid Alwi yang kemudian memeriksanya dan memberikan kata pengantar untuk buku itu. Pertama kali buku itu dapat diterbitkan atas biaya seorang dermawan dan kemudian buku itu dapat diterbitkan untuk yang kedua kalinya.

Sayid Alwi bin Thahir termasuk salah seorang pendiri ar-Rabithah al-Alawiyyah di Indonesia. Belakangan Kesultanan Johor di Malaysia memilihnya untuk menjabat sebagai mufti di sana. Beliau mula menjawat jawatan mufti Kerajaan Johor dari tahun 1934 hingga tahun 1961, perlantikan beliau adalah sebagai menggantikan Allahyarham Dato' Sayid Abdul Qader bin Mohsen Al-Attas yang telah bersara dari jawatan kerajaan. Beliau wafat pada 14 November 1962 (1382 H) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Beliau mempunyai keturunan yang kemudian pindah ke Jazirah Arab bagian selatan, di antaranya adalah putranya Al-'Alamah Sayid Thahir dan Sayid Hamid.

Sayid Alwi memiliki karangan-karangan yang banyak yang akan kami sebutkan berikut ini agar dapat diketahui betapa luas pengetahuannya. Karangan-karangannya adalah:

- Al-Qaul al-Fashl fi Maa li Bani Hashim wa Quraisy wal-Arab Min al-Fadhl (dua jilid)
- Fatwa-fatwanya yang mencapai 12000 masalah
- Anwar Al-Quran fi ar-Radd ala Dajjal Qadiyan (dua jilid)
- Risalah tentang mengganti huruf Arab dengan huruf Latin
- Risalah tentang hukum menerjemahkan Al-Quran. Ditulis dalam beberapa bagian
- Iqamah ad-Dalil ala Ighlathi al-Halaby fi Naqdihi lil Itab al-Jamil
- Durus as-Sirah an-Nabawiyah dalam dua jilid kecil
- Kitab tentang hukum-hukum nikah dan qadha dalam bahasa Melayu, diterbitkan dalam dua jilid
- I'anah an-Nahidh fi Ilm al-Faraidh
- Risalah tentang hukum harta yang hilang
- Dhau' al-Qarihah
- Ar-Radd ala Ibn Nu'man fi Raf'iz - Zakat ila ash-Shulthan
- Bantahan terhadap Ibn Nu'man juga dalam masalah lain
- Al-Kalimat al-Jamiah fi Tafsir Surah al-Waqiah (belum selesai)
- Al-Khulashah an-Nafiyah fi al-Asanid al-Aliyah
- Mukhtashar Aqd al-Aali karangan Sayid Idrus bin Umar al-Habsyi
- Al-Amali fi at-Tauhid (belum selesai)
- Al-Amali fi Ulum al-Hadits
- Al-Amali fi Ulum al-Quran
- Majmuah min Ulum al-Falak dalam jilid besar
- Al-Fawaid al-Lu'lu'iyyah fi al-Qawaid an-Nahwiyyah
- Kumpulan ceramah dalam permasalahan-permasalahan agama dan sejarah
- Kumpulan artikel yang ditulisnya selama menjabat sebagai mufti di Johor dalam beberapa jilid
- Kumpulan artikel yang dimuat dalam suratkhabar Hadhramaut, al-Arab dan an-Nahdhah, sebanyak 4 jilid
- Ar-Radd Ala Dajjal Yafi' Ahmad bin Atha' al-Hirazi (belum selesai)
- Artikel-artikelnya tentang bantahan terhadap Qadyaniyah
- Kumpulan artikelnya yang dimuatkan oleh majalah ar-Rabithah
- Kumpulan ceramah-ceramah yang ditulis
- Kumpulan surat-menyurat yang memiliki manfaat-manfaat ilmiah dan sejarah
- Asy-Syamil fi Tarikh Hadhramaut diterbitkan dalam kurang lebih 260 halaman
- Janiyusy-Syamarikh Jawabu As'ilah fi at-Tarikh (menjawab soalan-soalan tentang sejarah)
- Risalah lain mengenai jawaban pertanyaan-pertanyaan sejarah
- Uqud al-Almas diterbitkan dalam dua jilid
- Mukhtashar Tarikh Hassan
- Ath-Thabaqat al-Alawiyyah
- Riwayat hidup kakeknya, Abdullah bin Thoha al-Hadar al-Haddad sekitar 50 bagian
- Ta'qib wa Tanqib 'An al-Mulaqqab bi an-Naffath min Aal An-Naqib
- Al-Madkhal ila Tarikh Dukhul al-Islam ila Jazair asy-Syarq al-Aqsha telah diterbitkan
- Sejarah Islam di Jawa, Sumatera dan Filipina, sekitar 400 halaman
- Itsmid al-Bashair fi Madzhab al-Muhajir, telah dinuat 4 bagian (belum selesai)
- Ar-Radd ala Ibn Khaldun fi Qaidatihi fi an-Nasab wa Naqdhiha
- Riwayat perjalanan gurunya yang kedua yang dinamakan ar-Rihlah at-Tarimiyyah
- Riwayat perjalanan gurunya, al-Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas ke Du'an yang dinamakan ar-Rihlah ad-Du'aniyyah
- Tulisannya tentang perkataan gurunya dalam beberapa bagian
- Kutipan-kutipan ilmiah dan sejarah dalam beberapa jilid
- Syair-syairnya dalam sebuah diwan (kumpulan syair) kecil
- Al-Amali fi Tarikh al-Islam (belum selesai)
dipetik dari: Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh oleh Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad, diberi catatan & Tahkik oleh Sayid Muhammad Dhia' Shahab terbitan PT. Lentera Basritama & Fatwa Mufti Kerajaan Johor jilid Pertama terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor

...................................................................................................................

Al-Habib Abdullah bin Husain bin Thahir

Beliau lahir di Tarim, sebuah kota kecil di Yaman Selatan pada tahun 1191 Hijriyah. Menimba ilmu dari ulama-ulama besar di Hadhramaut dan ulama-ulama besar dari Makkah dan Madinah. Dengan kemauan yang kuat dan kecerdasan yang luar biasa serta kebersihan dan keikhlasan hatinya, beliau pada akhirnya menjadi salah seorang ulama paling besar pada masanya.

Dari beliau banyak sekali lahir murid-murid yang kemudian menjadi ulama-ulama besar di antaranya adalah Al-Allamah Muhammad bin Husain Al-Habsyi dan Al-Habib Ali Al-Habsy, penulis risalah Maulid Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal (Simthud Duror).

Dari tangan beliau juga lahir karya-karya (kitab) yang cukup fenomenal, antara lain Diwan (kumpulan syair), al-Washiah an-Nafi'ah fi Kalimat Jami'ah, Dzikru al-Mu'minin bima Ba'atsa bihi Sayyidil Mursalin (berisi tentang ajakan untuk mengerjakan amal salih), Silmu at-Taufiq (tentang fiqih), Miftahul I'rab (tentang ilmu nahwu) dan Majmu' (yang sekarang ada di tangan pembaca).

Beliau meninggal pada usia 81 tahun, yakni pada tahun 1272 Hijriyah. Tepatnya, setelah menjalani kehidupan yang penuh dengan perjuangan di jalan Allah, baik dalam ilmu agama maupun perjuangan politiknya, dengan mengatakan yang benar di hadapan penguasa pada masa itu.

Demikianlah sekelumit tentang riwayat hidup beliau. Semoga Allah meridhai perjuangan beliau dan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

dipetik dari: Mencapai Jiwa Yang Tenteram karangan Al-Alamah Abdullah bin Husain bin Thahir terbitan Pustaka Hidayah

...................................................................................................................

Al-Habib Muhammad bin Hadi As-Seggaf

Habib Muhammad bin Hadi (1291H-1382H) adalah seorang alim lagi arif. Beliau telah mendidik ribuan murid yang kebanyakan menjadi ulama ahli fiqih. Dalam mendidik murid-muridnya, beliau banyak memberikan nasihat-nasihat yang dikemas dalam kisah-kisah yang penuh hikmah. Beliau menyadari bahawa bagaimanapun sulitnya pengertian yang hendak ditanamkan, tetapi kalau dituturkan dalam format kisah-kisah ringan akan jauh lebih mudah dicerna.

Kisah-kisah ini oleh Habib Muhammad bin Hadi disampaikan kepada para muridnya agar mereka lebih rajin menuntut ilmu, giat dalam beramal dan bersungguh-sungguh dalam mendekatkan diri kepada Allah.

dipetik dari: Kisah dan Hikmah dalam Kalam habib Muhammad bin Hadi Asseggaf terbitan Putera Riyadi

...................................................................................................................

Al-Habib Muhammad bin Abdullah Alaydrus

Habib Muhammad bin Abdullah bin Syeikh bin Abdullah bin Syeikh bin Abdullah Alaydrus bin Abubakar As-Sakran lahir di kota Tarim tahun 970H. Beliau tumbuh dewasa sebagai seorang alim yang berakhlak mulia berkat asuhan ayahnya. Kakek beliau, Habib Syeikh, yang saat itu tinggal di India, mendengar kedalaman ilmu dan keluhuran budinya, maka pada tahun 989H, beliau meminta cucunya agar pindah ke Ahmad Abad, India. Di India, beliau digembleng lagi oleh kakeknya selama dua tahun yang penuh keberkahan sehingga ilmunya berkembang pesat.

Di samping kedalaman ilmu dan keluhuran pekertinya, beliau juga dikenal murah hati. Penduduk India: Muslim maupun kafir, sangat mempercayainya. Hal ini memudahkan beliau untuk meneruskan dakwah yang telah dirintis kakeknya. Sebab, sebelum meninggal pada tahun 990H, Habib Syeikh telah mengangkat beliau sebagai kholifahnya.

Pembaca yang budiman, Idhohul Asrori Ulumil Muqorrobin adalah salah satu karya beliau. Siapapun membacanya tentu akan memaklumi keluasan wawasan habib Muhammad Alaydrus. Dalam buku ini beliau membalas selok belok hawa dan nafs, serta membeberkan bagaimana keduanya memainkan peran dalam kehidupan manusia.

Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad berkata, "Kitab Idhohul Asrori Ulumil Muqorrobin merupakan inti ajaran tasawuf". Itulah sebabnya buku ini tak henti-hentinya dipelajari di majelis beliau. Setiap kali penuntut ilmu mengkhatamkannya, penuntut ilmu yang lain memulainya dari awal lagi (Idhohul Asrori Ulumil Muqorrobin: hal 5).

dipetik dari: Memahami Hawa Nafsu Rahasia Ilmu Kaum Muqorrobin oleh Sayid Muhammad bin Abdullah Alaydrus terbitan Putera Riyadi

...................................................................................................................

Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hud Al-Attas

Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hud Al-Attas (Cipayung, Indonesia)

Di kediamannya di Jl Condet Raya, Jakarta Timur, Habib Umar Alatas, seorang kiai sepuh yang telah berusia 108 tahun tampak tidur telentang hampir tidak bergerak. Hanya matanya saja yang selalu terpejam, sesekali berusaha menatap mesra kepada para tamunya yang tidak henti-hentinya berdatangan. Baik para tokoh habaib, ulama maupun kiai, hingga masyarakat kurang mampu.

Di kamarnya yang cukup luas itu, di antara para tamu itu, bukan saja datang dari Jakarta. Tapi juga dari berbagai tempat di Tanah Air, sambil membacakan surat Yasin agar Allah mempercepat kesembuhan ulama tertua di Tanah Air ini.

"Sejak habis mengadakan peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW di pesantrennya di Cipayung, Bogor, 18 Juli lalu, kondisi habib memburuk karena sakit tua. Dan hingga kini keadaannya masih antara sadar dan tidak sadar," kata Haji Ismet Alhabsji, seorang yang dekat dan merupakan kepercayaan habib Umar kepada Republika Selasa (27/7). Pada acara maulid di Cipayung, yang sudah 17 tahun diselenggarakan di tempat ini, menurut Ismet, Habib Umar sudah tidak bisa hadir lagi di tengah-tengah jamaah yang jumlahnya puluhan ribu orang. Ia hanya mengikuti dari kamarnya.

"Setelah acara maulid Nabi, Habib Umar yang fisiknya dalam keadaan lemah itu sudah tidak sadarkan diri lagi. Bahkan, saat dibawa kembali ke kediamannya di Condet, dia ditidurkan di mobil dan diinfus," kata Ismet yang selama belasan tahun dekat dengan habib Umar.

Rupanya, sakitnya ulama tertua di Jakarta ini cepat luas tersebar. Dan mengingat begitu antusiasnya masyarakat yang ingin menjenguknya, maka sejak minggu lalu kediamannya di Condet menjadi semacam open house, terbuka hampir sepanjang hari.

Habib Umar, kata Alwi Edrus Alaydrus, salah seorang cucunya memang terbuka, mengulurkan tangan serta menyambut dengan baik tiap tamu yang datang ke kediamannya. Tidak membedakan status dan kedudukan mereka. Apakah rakyat kecil, atau pejabat tinggi negara, kata Alwi Edrus.

Karenanya tidak heran, di antara penjenguk terdapat artis-artis seperti Elvie Sukaesih dan putrinya Fitria, Muchsin Alatas dan istrinya Titiek Sandhora serta putranya Bobby.

Seperti hari Senin (26/7) lalu. Pengunjung dari Jakarta dan luar kota tampak lebih banyak lagi yang mendatanginya. Karena waktu itu, entah dari mana asalnya, Habib Umar diisukan telah meninggal dunia. Sedangkan para murid dan pengikutnya, di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam yang mengetahui sakitnya, terus memantau kesehatannya.

"Mereka minta kepada kita agar cepat diberitahukan bila terjadi apa-apa dengan Habib Umar," kata Alwi Edrus. "Mereka menyatakan kepada saya siap untuk datang ke Jakarta bila terjadi apa-apa dengan habib." Sedangkan Ismet menambahkan, mereka terus memantau kesehatan Habib Umar, karena tahu kalau beliau sakit. Pasalnya, mereka hadir pada waktu peringatan maulid yang baru lalu.

Banyaknya umat Islam dari mancanegara yang selalu datang tiap tahun ke acara maulid Habib Umar, karena ia pernah tinggal di Singapura dan Malaysia selama beberapa tahun. Selama di kedua negara itu, Habib Umar rupanya punya berpengaruh besar di kalangan masyarakat dan pejabat pemerintahan. Hingga tidak heran, kalau banyak ulama dan pejabat di Singapura, Malaysia, dan Brunei Darussalam menjadi akrab dengannya.

Seperti dikatakan oleh Alwi Edrus, Sultan Johor, Tengku Mahmudsyah sudah beberapa kali mendatangi habib Umar selama berada di Jakarta. Pada tahun 1993 dan 1994, sultan dan keluarga datang dengan menggunakan pesawat pribadi. "Tentu saja, kedatangan sultan Johor itu membuat repot pemerintah RI, yang terpaksa mengerahkan protokol dan pengawal dari kepresidenan," kata salah seorang pihak keluarga.

Habib, yang kelahiran Hadramaut, Yaman Selatan, sejak usia muda telah datang ke Indonesia. Mula-mula tinggal di Kwitang, Jakarta Pusat. Di sini, sambil berdakwah, ia juga berjualan kain di Pasar Tanah Abang. Kemudian membuka pengajian dan majelis maulid di Cicurug, Sukabumi, Jawa Barat.

Pada tahun 1950-an, ia ke Mekkah dan bermukim selama beberapa tahun. Tapi, sayangnya, saat hendak kembali ke Indonesia, ia tertahan di Singapura. Pasalnya, pada awal 1960-an terjadi konfrontasi antara RI - Malaysia, sementara Singapura merupakan bagian negara itu. Habib Umar baru kembali ke Tanah Air setelah usai konfrontasi, pada awal masa Orde Baru.

Tapi, rupanya banyak hikmah yang diperolehnya di balik kejadian tersebut. Karena, selama lebih dari lima tahun di Malaysia dan Singapura, ternyata ia sangat dihormati oleh umat Islam setempat. Termasuk Brunei Darussalam.

Seperti dikatakan oleh pihak keluarga, Habib Umar bukan saja dihormati oleh Sultan Johor, tapi sultan-sultan lainnya di Malaysia. Sedangkan di antara pejabat Malaysia yang sering mendatangi kegiatan Habib Umar di Indonesia, di antaranya Menteri Pendidikan Naguib Tun Razak.

Sedangkan dari Singapura, Achmad Mathar, Menteri Lingkungan Hidup juga beberapa kali mendatangi Habib Umar. Juga menteri dari Brunei, termasuk beberapa anggota kerajaannya. Sedangkan menurut Haji Ismet, mereka itu umumnya datang ke Habib Umar, bukan pada saat-saat peringatan maulid.

Habib Umar sendiri banyak dikenal oleh pejabat, baik sipil maupun militer di Tanah Air yang pernah berkunjung kepadanya. "Tapi, kita tidak mau menyebutkannya," kata Alwi Edrus.

Baik para tamu luar negeri, maupun para pejabatnya datang ke Habib Umar atas kemauan sendiri untuk berziarah. Habib sendiri tidak pernah mengundang dan mendatanginya. Karena ia berprinsip, ulama atau ilmu didatangi, bukan mendatangi.

Maulid Internasional
Maulid Nabi di Cipayung, yang tiap tahun dihadiri sekitar 100.000 jamaah, termasuk ratusan jamaah dari mancanegara, tidak heran hingga oleh banyak pihak dianggap sebagai maulid internasional.

"Setidak-tidaknya acara maulid habib Umar tiap tahun ini sudah menjadi agenda di beberapa negara, khususnya Singapura, Malaysia, dan Brunei Darussalam. Mereka tahu sendiri kapan acara itu diselenggarakan, dan kami tidak pernah mengundangnya lagi," ujar Ismet.

Habib Umar sendiri, yang kini dalam keadaan uzur akibat usianya yang sudah sangat lanjut, sudah dua tahun ini tidak banyak lagi terlibat dalam menangani kegiatan maulid. Acara ini dan acara-acara keagamaan lainnya, kini dipimpin oleh putranya, Habib Salim Alatas (60).

Dahulunya, kata H Ismet, tiap kegiatan maulid beliau sendiri yang menanganinya. Termasuk upaya-upaya untuk menyediakan persediaan makan dan lauk pauk bagi puluhan ribu jamaah yang hadir. "Kalau ditanya oleh orang dari mana dananya, habib Umar selalu bilang dari Allah," ujar Ismet.

Ihwal persediaan makan untuk para jamaah yang menghadiri maulid ini, Alwi Edrus menyatakan, dua tahun lalu tidak kurang dari 1.400 ekor kambing dan dua ekor sapi yang dipotong. Sedangkan beras yang digunakan untuk memasak nasi kebuli sebanyak 11 ton. Yang kesemuanya ditangani oleh seribu tukang masak.

Khusus untuk para tamu luar negeri yang berjumlah sekitar 400-500 jamaah, menurut Ismet, mereka disediakan tempat penginapan khusus di Cipayung, rumah Mayjen TNI (Purn) Eddie Marzuki Nalapraya, yang juga sering mendampingi Habib Umar.

"Selama empat atau lima hari mereka di Cipayung, mulai dari sarapan pagi, makan siang dan malam, ditanggung dari kocek Habib Umar sendiri. Paling-paling mereka mengeluarkan uang untuk tiket. Mereka, biasanya datang berombongan. Tiap kepala rombongan ada yang membawa 10-15 orang.

Memang, kegiatan Habib Umar lebih-lebih sebelum menderita sakit, cukup padat. Di kediamannya di Condet, tiap hari terdapat sekitar 300 jamaah subuh. Khusus pada hari Jumat, meningkat menjadi sekitar 1.000 orang. Khusus Sabtu subuh, mereka diberikan pelajaran fikih dari sejumlah ulama terkenal. Sedangkan di Cipayung, tiap Kamis malam diadakan pembacaan maulid Diba.

Yang unik, setelah mengikuti kegiatan, para jamaah selalu makan bersama yang dijamu oleh Habib Umar. Tidak peduli pada masa krismon sekarang, jamuan makan yang berlangsung sejak lama itu tidak pernah henti. Menu makanannya hampir selalu nasi uduk berikut lauknya, seperti tahu dan telur.

Sesuatu yang mungkin lain dibandingkan dengan acara-acara di majelis lain adalah, acara-acara di Habib Umar, termasuk Maulud Nabi tidak ada pidato-pidato. Acaranya sangat simple, yakni baca maulud, zikir dan ditutup dengan do'a. Ismet menjelaskan, tidak adanya pidato-pidato yang sudah tradisi sejak lama itu, karena habib takut akan menimbulkan saling serang dan fitnah memfitnah.

Selama belasan tahun dekat dengan ulama Betawi ini, Ismet meyakini, bahwa Habib Umar untuk kegiatan-kegiatan keagamaan tidak pernah mau meminta sumbangan. "Kalau pun orang mau memberi hadiah, harus benar-benar ikhlas. Kalau tidak dia akan menolaknya. Apalagi kalau sumbangan itu punya tujuan khusus." Karena itulah, kata Ismet, tidak ada satu pejabat pun yang bisa mempengaruhi Habib Umar.

Sedangkan bagi KH Zainuddin, seorang ulama Betawi yang tiap Ahad memberikan ceramah di Majelis Taklim Kwitang berpendapat, kecintaan para kiai dan ulama Betawi terhadap Habib Umar, karena ia adalah seorang yang saleh, berakhlak mulia dan penuh keberkahan.

"Para kiai mendatangi Habib Umar bukan sekali-kali untuk menyembahnya, tapi untuk mendapatkan berkah dan doanya," ujar kiai, yang juga anggota MPP Partai Amanat Nasional (PAN) itu.

Yang juga menarik dari pesan-pesan Habib Umar kepada mereka yang mendatanginya, sangat sederhana sekali. Seperti anjuran untuk berbakti kepada kedua orangtua, lebih mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Penyanyi Muchsin Alatas sendiri merasa sangat terkesan akan keramahtamahannya. "Saya merasakan seolah-olah saya dan keluarga dianggap sebagai anaknya sendiri," kata Muchsin yang mengaku hatinya lebih tenteram dan sejuk setelah bertemu Habib Umar.

H Marullah (65), yang rumahnya tidak berjauhan dengan kediaman Habib Umar, terkesan dengan cara bertetangga yang baik. Karena rumah habib selalu terbuka dan dapat didatangi tiap waktu. "Habib menganggap semua orang yang datang kepadanya adalah orang-orang baik, tidak peduli orang itu preman sekalipun," kata putra asali Betawi ini.

Menurut Ismet, Habib Umar sejak beberapa tahun lalu telah mewakafkan tempat kegiatan keagamaannya di Cipayung yang luas itu untuk kegiatan-kegiatan Islam. Untuk itu, di tempat ini tengah dibangun sebuah pesantren terpadu Hamid Umar bin Hoed Alatas, dan sudah mulai beroperasi mulai 8 Agustus mendatang. Pesantren terpadu ini didirikan oleh Yayasan Pendidikan Islam Assaadah, yang diketuai oleh Alwi bin Edrus Alaydrus. Sedangkan pendirinya Habib Umar, Mayjen TNI (Pur) Eddie Nalapraya dan H Ismet Alhabsji. Pesantren ini dibangun melalui tiga tahap, yang seluruhnya akan menelan biaya Rp 14,5 miliar.

Di samping mewakafkan tanah dan pesantren di Cipayung, menurut Ismet, habib juga berwasiat bila ia meninggal dunia agar dimakamkan di makam wakaf Al-Hawi, Kalibata.

dipetik dari: Republika Online edisi: 30 Jul 1999 oleh Alwi Shahab

Tidak ada komentar:

Posting Komentar